Gaya Hidup

6 Tahun Bersama: Pedagang yang Memberi Kami Inspirasi

Kisah Inspirasi Pedagang Olymp Trade

10 Kisah Inspirasi

Berikutan perayaan dan peristiwa yang berterusan, kami percaya bahawa tiba masanya untuk memancarkan cahaya pada bintang utama perayaan kami — anda. Kami benar-benar mempercayai bahawa komuniti kami merupakan komuniti yang terbaik antara platform lain dan kami mahu anda untuk mengetahuinya. Anda selalu memberikan kami inspirasi dan motivasi untuk menambah baik, jadi kami memutuskan untuk berkongsi 10 kisah yang benar-benar menyentuh jiwa kami.

 

Yanto Sitanggang

Salah seorang pedagang kami yang paling aktif, dia memasuki senarai 10 Penyumbang Teratas untuk 3 bulan berturut-turut. Video pendidikan, siaran motivasi, bukti pengeluaran — dia menyiarkan semua itu dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, dia juga pantas dalam membantu pedagang baharu dengan soalan dan masalah mereka.


Worawong Pattanawong

Jika anda pernah meluangkan masa dalam komuniti kami, anda mungkin pernah dengar tentang Worawong Pattanawong. Salah seorang pedagang yang paling lama di platform kami, dia merupakan tokoh yang amat dikenali. Lagipun, dia bukan sahaja mempunyai ramai pengikut di media sosial, dia juga memenangi anugerah Pedagang Tahunan untuk tahun 2018 daripada Olymp Trade.


Mohd Fadil

Seorang yang amat suka membantu, Mohd Fadil ada di situ sejak permulaan kumpulan FB Olymp Trade Malaysia. Anda sentiasa boleh mendapatinya sedang membantu orang dalam komen atau berkongsi strategi perdagangannya dengan pedagang baharu.


Rodrigo Baggio

Seorang lagi pedagang yang suka membantu, Rodrigo merupakan bantuan yang besar kepada komuniti Olymp Trade Brazil. Dia terbuka kepada soalan dan selalu berkongsi pengalamannya dengan pedagang baharu dalam komen.


Ibelema Precious

Pernahkah anda nampak siaran dengan penerangan grafik di kumpulan FB kami? Jika begitu, anda mungkin sudah mengenali Ibelema Precious. Salah seorang pengguna kami yang paling pintar, dia hebat dalam penciptaan siaran pendidikan.


Arvind Sharma

Arvind Sharma seorang yang agak istimewa bagi kami. Salah seorang penyumbang terhebat kepada komuniti India kami, dia menerbitkan banyak siaran pendidikan dan siaran yang berinformasi. Perkara yang membuatkannya istimewa adalah kebaikannya terhadap pedagang yang lain. Dia selalu di situ untuk membantu, mendengar kata-kata mereka dan memberikan motivasi kepada mereka. Malah anda boleh mengatakan bahawa dia merupakan salah satu tonggak dalam komuniti tempatan.


Teache Mae Aquino

Seorang pedagang yang aktif dari Filipina, Teache Mae Aquino terlibat secara aktif dalam komuniti kami. Dia suka untuk memberikan inspirasi kepada orang lain dengan kata-kata dan cadangan yang baik, impak positif yang dibawanya amat jelas untuk dilihat.


Igor Zhyh

Igor merupakan salah seorang pedagang kami yang paling aktif, dia selalu di situ untuk menyertai pertandingan, peristiwa dan perlumbaan kami. Bukan itu sahaja, dia juga berkongsi strategi dan pendapat perdagangannya secara terbuka dengan pedagang lain. Oleh itu, tidak hairan bahawa dia mempunyai peminat yang agak ramai dalam komuniti kami.


Daniel Peraza

Daniel merupakan pedagang yang aktif dari Mexico dan anda selalu boleh mendapatinya dalam komen kumpulan FB kami. Di sini, dia selalu mengambil bahagian dalam perbincangan strategi perdagangan serta memberikan cadangan kepada pedagang baharu tentang cara untuk menggunakan platform.


Camilo Barahona

Seorang pedagang dari komuniti Colombia kami, Camilo selalu giat menyertai aktiviti. Tidak kira pertandingan atau perbincangan dalam komen, anda boleh mendapatinya di situ. Pada masa yang sama, dia juga membantu orang yang tidak memahami sesuatu tentang platform kami.


Walaupun kami hanya memilih 10 pedagang untuk siaran ini, tidak bermakna bahawa anda semua tidak memberikan inspirasi kepada kami. Keadaannya sebaliknya sebenarnya. Sukar untuk kami bercerita tentang setiap seorang daripada anda. Jadi, terima kasih kerana bersama kami dan nantikan lebih banyak peristiwa dan berita!

Related posts
Gaya Hidup

Olymp Trade Bantu Melawan Covid-19

Pasukan Olymp Trade meneruskan program amalnya Semasa sambutan perayaan Ganesh Chaturthi, beratus-ratus keluarga India yang miskin telah menerima hadiah yang berguna: bantuan...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.