FAQ

Adakah Olymp Trade Selamat? Semua Yang Perlu Anda Tahu

Ketahui Jika Olymp Trade Boleh Dipercayai


Dalam artikel ini, kami akan menerokai pelbagai aspek tentang bagaimana platform kegemaran baharu anda memastikan keselamatan pedagangnya. Terdapat beberapa langkah yang digunakan untuk melindungi daripada serangan, aktiviti penipuan dan pengeluaran yang tidak dibenarkan.

Diasaskan pada tahun 2014, Olymp Trade merupakan peneraju dalam perlindungan pelanggan. Diiktiraf pada tahun 2019 & 2020 sebagai Broker Sokongan Pelanggan Terbaik, platform ini berusaha untuk memberikan pengalaman perdagangan yang paling selamat dan paling bermanfaat.

Peraturan adalah penting, oleh itu Olymp Trade adalah ahli berdaftar FinaCom atau Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa. Sebagai ahli, kelajuan dan ketepatan platform telah diuji dan menerima Sijil ‘Verify My Trade’. Setiap dagangan yang dilaksanakan di platform dilindungi insurans hingga €20,000.

Sekiranya pedagang kehilangan wang disebabkan masalah ralat platform mereka boleh mendapatkan pampasan. Khidmat Sokongan yang disediakan 24 jam dalam lapan bahawa menjadikannya mudah untuk menjawab pertanyaan atau memfailkan aduan.

 

Adakah Akaun Olymp Trade Selamat?

Ya. Akaun Olymp Trade dilindungi oleh protokol KYC, had, perlindungan scam dan banyak lagi.

Untuk menentukan sama ada Olymp Trade itu selamat atau tidak, kita mesti bermula dengan proses pengesahan, juga dikenali sebagai KYC. Tujuan proses ini adalah untuk membuktikan bahawa pemegang akaun adalah siapa yang mereka katakan.

Prosedur KYC ini tidak khusus kepada Olymp Trade sahaja. Setiap broker dikehendaki oleh undang-undang untuk mendapatkan maklumat pengenalan untuk setiap pelanggan yang berdagang dengan wang sebenar. Ini adalah keselamatan tambahan untuk membantu menjaga keselamatan akaun pedagang. Dengan membuktikan identiti mereka, pelanggan dapat dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka di dalam dan di luar platform.

Hanya individu dibenarkan mempunyai akaun dengan Olymp Trade. Ini adalah untuk mengelakkan scammer yang mendakwa diri sebagai syarikat yang sedia berdagang bagi pihak anda.

 

Pengesahan & Pengeluaran

Adakah selamat untuk mengeluarkan wang di Olymp Trade? Perlukan untuk mengesahkan akaun anda untuk membuat pengeluaran dana?

Pengesahan memastikan keselamatan semua orang. Broker dan pengguna mendapat manfaat, tetapi dengan cara yang berbeza. Akaun disahkan untuk memastikan wang yang dideposit dan lebih penting lagi, dikeluarkan ke dan dari akaun yang dimiliki oleh pedagang

Proses ini boleh melibatkan pedagang menyerahkan Bukti Alamat, Bukti Pembayaran dan Pengesahan Dana Asal. Langkah-langkah ini membantu kami melindungi pedagang kami daripada aktiviti penipuan.

Pengeluaran biasanya diproses dalam 1-4 hari bekerja. Namun, pedagang Expert, dijaminkan pemprosesan hari yang sama di antara banyak faedah lain. Starter, Advanced, dan Expert adalah tiga tahap perdagangan yang tersedia untuk pedagang di platform. Masing-masing mempunyai faedah tersendiri dengan lebih banyak alat, had perdagangan yang tinggi, perundingan profesional dengan penganalisis, dan banyak lagi.

Ikuti pautan ini untuk ketahui lebih lanjut tentang KYC dan Proses PengesahanPengeluaran, dan Status.

 

Had

Had dikenakan pada platform Olymp Trade untuk memastikan keselamatan wang pedagang. Terdapat beberapa cara yang mana had boleh dikenakan pada akaun anda atau pada platform:

  • Pada akaun secara keseluruhan — tiada perdagangan melebihi ambang jumlah tertentu
  • Pada aset tertentu atau sekumpulan aset — tiada dagangan dengan nilai yang melebihi had instrumen ini
  • Pada dagangan tertentu — hanya tutup dagangan yang sedia ada daripada jenis tertentu
  • Pada jumlah perdagangan — tiada dagangan melebihi jumlah tertentu – ditentukan oleh status

 

Cara Untuk Mengelakkan Had

Walaupun pasaran tidak dapat diramalkan, terdapat beberapa peraturan yang boleh diikuti untuk mengelakkan had perdagangan pada akaun anda:

  • Sahkan akaun anda
  • Buka dagangan lebih kecil, berkadaran dengan baki anda
  • Jangan salah guna program bonus
  • Elakkan daripada mencipta berbilang profil perdagangan, terutamanya kerana anda kini boleh mencipta akaun berbilang di bawah satu profil.

Ketahui lebih lanjut tentang Had.

 

Pengesahan Dua Faktor

Dalam usaha untuk menjadikan Olymp Trade lebih selamat untuk pelanggan kami, pengguna boleh mendayakan Pengesahan Dua Faktor (2FA) untuk menghentikan sebarang dan semua akses yang tidak diinginkan ke akaun mereka. Mengaktifkan ciri 2FA di platform kami bermaksud untuk memasuki akaun anda, anda perlu memasukkan bukti kelayakan log masuk biasa sebelum menerima mesej melalui mesej teks atau e-mel dengan kod yang perlu dimasukkan sebelum akses diberikan ke akaun anda.

 

Mengelakkan Scam

Dalam usaha untuk menjadikan Olymp Trade lebih selamat untuk pelanggan kami, pengguna dapat membolehkan Two-Factor-Authentication (2FA) menghentikan sebarang dan semua akses yang tidak diinginkan ke akaun mereka. Mengaktifkan ciri 2FA di platform kami bermaksud memasukkan akaun anda, anda perlu memasukkan bukti kelayakan masuk biasa anda sebelum menerima mesej melalui mesej teks atau e-mel dengan kod untuk diisi sebelum akses diberikan ke akaun anda.

Penipuan scam semakin berleluasa apabila kita beralih kepada perdagangan dalam talian sebagai sumber pendapatan. Penipuan ini bertujuan untuk kelihatan sah, dengan satu-satunya tujuan iaitu untuk memisahkan anda dari wang anda. Berikut adalah senarai peraturan yang mesti diikuti untuk mengelak daripada tertipu.

1. Jangan sesekali memberi wang anda kepada sesiapa yang anda tidak kenali secara peribadi. Perdagangan sebenar dilakukan menerusi akaun yang disahkan di platform yang berlesen, bukan melalui Twitter, Telegram, WhatsApp, dsb.

2. Jangan biarkan orang lain “melabur” wang untuk anda. Jika ini satu pelaburan sah anda sepatutnya boleh mengawal wang anda.

3. Jangan percaya janji pulangan tinggi untuk pelaburan kecil. Anda boleh menghasilkan keuntungan semasa berdagang dalam talian terutamanya dengan Olymp Trade, tetapi anda masih perlukan kesabaran dan ketekunan, bukan menghulurkan wang anda kepada orang lain. Tiada skema “cepat kaya” yang tulen di luar sana.

4. Jangan sesekali memberi maklumat akaun perdagangan kepada sesiapa, untuk mereka “berdagang untuk anda”. Petua dan isyarat perdagangan adalah satu perkara, tetapi pemberian akses kepada akaun penuh anda kepada orang lain adalah cuai dan melanggar peraturan Olymp Trade.

5. Jangan kongsi maklumat log masuk anda dengan sesiapa yang mendakwa diri sebagai kakitangan Olymp Trade. Ia melanggar protokol Olymp Trade untuk mana-mana pekerja kami untuk menghubungi anda dan meminta untuk mengakses akaun anda. Jika anda perlukan bantuan dengan akaun anda, pasukan sokongan kami akan membantu anda, atau pasukan sokongan teknikal akan membaiki isu yang berkenaan.

Bendera Merah — Jika anda melihat ungkapan seperti ini anda patut menjauhinya (atau padam mesej itu):

  • Gandakan Wang Anda
  • Tiada risiko, Untung tanpa risiko, dsb.
  • Wang percuma, Pemberian percuma
  • Pulangan Dijamin

Untuk tahu lebih lanjut tentang cara mengelakkan scam sila baca artikel kami Berhati-hati dengan Scammers.

 

Jadi, Adakah Olymp Trade Selamat?

Olymp Trade adalah selamat. Sebagai broker antarabangsa yang sentiasa berusaha untuk melindungi klien kami, keselamatan adalah keutamaan.

Daripada keahlian dalam FinaCom kepada protokol KYC, Olymp Trade melebihi standard broker antarabangsa. Kami melakukan lebih daripada perlu untuk memastikan keselamatan klien kami. Melindungi klein daripada scammer dan pasaran yang terlalu banyak berubah sehinggalah pasukan berdedikasi yang memantau aktiviti terkini yang mungkin memudaratkan pedagang.

Apa pendapat anda? Berdasarkan maklumat ini, adakah Olymp Trade itu selamat?

Related posts
FAQ

Akaun Pengguna yang Disekat di Olymp Trade

Pakar sokongan Olymp Trade sering ditanya mengenai sebab-sebab akaun pengguna mungkin disekat di platform. Dalam artikel ini, kami akan memberitahu anda sebab-sebab akaun mungkin...
FAQ

Apa itu Olymp Trade?

Berjuta-juta pedagang dari lebih 150+ negara telah memilih Olymp Trade. Tapi, kenapa? Apakah platform ini? Kenapa ia menjadi pilihan baik untuk pedagang yang baru mahupun...