Platform berita

Apa yang Baharu? Kemas Kini Olymp Trade untuk Bulan September dan Oktober

Kemas kini platform Olymp Trade utama untuk bulan September/Oktober 2020


Tiba masanya untuk berkongsi maklumat tentang kemas kini platform bulan September dan Oktober kami. Kami akan menjelaskan fungsi yang diubah, kaedah pembayaran baharu dan beberapa perubahan dalam rekaan. Selain itu, kami juga merancang untuk bercakap tentang perayaan Hari Jadi ke-6 kami!

 

Aplikasi Olymp Trade, Versi 6.12 untuk Android

Aplikasi mudah alih untuk perdagangan dalam talian terus mendapat permintaan tinggi. Sejak bulan September, pengguna Android boleh membuat pesanan Forex, membatalkan pesanan yang dibuka sebelum ini dalam mana-mana daripada dua mod perdagangan dan melihat butiran pesanan Stop Loss dan Take Profit mereka. Selain itu, anda boleh melihat pesanan Forex tertangguh anda dalam Sejarah Pesanan anda.

 

Pemasa dan Kalendar Perdagangan

Kami terus menambah baik bahagian maklumat di platform. Kini, anda boleh menggunakan pemasa untuk mengetahui masa perdagangan sesuatu aset bermula/tamat. Anda boleh mendapatkan alat ini dalam tab aset ini (Menu Bantuan → Aset → pilih aset anda dari senarai). Tambahan pula, kami telah menambah kalendar interaktif kepada tab Jadual. Kalendar interaktif ini akan memberitahu anda masa sesuatu aset tersedia untuk didagangkan.

 

Kaedah Pembayaran Baharu

Pada bulan September, kami telah berjaya mengembangkan senarai kaedah pembayaran kami. Anda kini boleh mendepositkan dan mengeluarkan dana dalam ETH, mata wang kripto kedua terbesar dari segi permodalan pasaran yang mengekori Bitcoin, peneraju pasaran sepanjang masa.

Jumlah deposit/pengeluaran minimum untuk kaedah ini ialah $50/€ 50/R$350.

Jumlah deposit/pengeluaran maksimum terhad kepada $15,000/€15,000/R$50,000.

 

Strim

Untuk mengetahui strim yang akan datang oleh pakar Olymp Trade, pergi ke bahagian Insights. Anda akan mendapati kalendar untuk peristiwa ini di sana.

 

Olymp Trade Meraikan Hari Jadi Ke-6!

Pada bulan September, kami semua telah meraikan Hari Jadi ke-6 syarikat dan telah mengadakan beberapa peristiwa perayaan untuk meraikannya. Anda telah mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam cabaran perdagangan dan menguji kemahiran anda dalam mod perdagangan yang berbeza di bawah bimbingan pakar Olymp Trade. Tambahan pula, anda boleh menyertai kuiz untuk menilai pengetahuan anda terhadap platform. Peserta dan pemenang telah dihadiahi dagangan bebas risiko, bonus dan rundingan dengan penganalisis kami. Akhir sekali, kami telah memperkenalkan skema warna Inspire baharu.

Perayaan ini telah berterusan sehingga bulan Oktober!

Peristiwa terbesar merupakan Pertandingan $500,000 kami. Pedagang telah bersaing antara satu sama lain, memperoleh mata pengalaman (XP) dan berusaha untuk membuktikan kepakaran mereka.

Peristiwa pemberian hadiah utama dalam musim perayaan ini ialah Roda Inspire. Semua orang boleh menyertai pertandingan ini untuk bersaing untuk hadiah seperti Porsche Macan, iPhone 12 Pro atau Apple Watch Series 6.

 

Status Dilanjutkan selama 90 Hari, Cara Pedagang Dipermudahkan

Antara 30 Oktober dan 30 November, anda boleh menerima Status Advanced atau Expert selama 90 hari dan bukannya 30 hari. Hal ini tidak terhad kepada pemegang status Advanced dan Expert baharu. Pada 30 Oktober, semua pedagang Advanced dan Expert yang aktif telah dilanjutkan status mereka selama 90 hari secara automatik.

Keistimewaan selama hampir tiga bulan adalah lebih daripada cukup untuk membantu sesiapa mencapai kejayaan dalam perdagangan, memandangkan kedua-dua status menandakan potensi keuntungan yang ditingkatkan untuk mod FTT, akses kepada isyarat dagangan dan instrumen lain.

Kami juga patut menyebut tentang berita lain yang menyeronokkan tentang sistem status. Jumlah mata pengalaman (XP) yang diperlukan untuk memperoleh status istimewa telah dikurangkan sebanyak 30%. Selain itu, diskaun ini telah dikenakan pada semua ganjaran Cara Pedagang. Untuk menaik taraf kepada Status Advanced, anda memerlukan 19,800 XP. Untuk Status Expert, anda memerlukan 160,000 XP.

 

Strategi Forex

Strategi perdagangan prakonfigurasi untuk Status Advanced dan Expert kini tersedia dalam mod Forex. Pedagang Advanced mempunyai 6 strategi dan Expert akan menikmati sebanyak 12 strategi. Senarai ini merangkumi strategi trend dan trend balas. Biasanya, sesuatu strategi adalah berdasarkan kombinasi beberapa penunjuk dengan tetapan unik yang berkesan.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan sistem ini dengan menghadiri webinar pakar Olymp Trade atau dengan berunding dengan perunding peribadi. Anda boleh meminta panggilan balik daripada pakar kami menggunakan platform Olymp Trade atau aplikasi mudah alih.

 

Bahagian Kod Promosi

Pada bulan Oktober, kami telah menambah bahagian Kod Promosi kepada antara muka platform perdagangan kami.

Ingat untuk menyemak bahagian ini dengan kerap: di situ, anda akan mendapati pelbagai kod promosi dan tawaran, termasuk diskaun penaiktarafan status, dagangan bebas risiko dan bonus.

 

Aset Baharu untuk FTT Ditambah

Untuk Fixed Time Trades (FTT), kami telah menambah saham Netflix, Amazon, Mastercard dan Nvidia. Sebelum ini, kami telah menambahkan mereka kepada senarai aset yang tersedia dalam mod Forex.

Fixed Time Trades dengan saham menjadi terutamanya menarik apabila pasaran saham menunjukkan turun naik yang rendah. Dalam tempoh ini, FTT menjadi alternatif yang baik kepada perdagangan Forex klasik.

 

Perubahan antara muka

Akhirnya, kami ingin memberitahu anda tentang perubahan yang kami lakukan terhadap antara muka versi web platform.

  • Kini, dagangan dikumpulkan mengikut mod perdagangan dan anda boleh melihat jumlah hasil kewangan mereka.
  • Nilai Stop Loss atau Take Profit boleh ditunjukkan sebagai peratusan jumlah pelaburan.
  • Pengalaman yang anda kumpulkan di Cara Pedagang kini ditunjukkan dengan jelas dalam bentuk skala progresif di bawah carta.

 

Nikmati kemas kini ini dan terus bersama Olymp Trade!
Kami mempunyai banyak benda baik yang bakal diberikan kepada anda.

Related posts
Platform berita

Pertandingan Inspire

Pertandingan Inspire Olymp Trade merupakan pertandingan perdagangan terbesar pada tahun 2020 Dengan 3 Liga, tugasan harian dan Matlamat Komuniti, terdapat lebih banyak cara untuk...
Platform berita

Perubahan jadual akan berlaku

Pada bulan ini, China dan Hong Kong menyambut Festival Bot Naga Oleh itu, Indeks Hang Seng Hong Kong (HSI – Olymp Trade Platform, HK50 – MT4) akan ditutup sepanjang...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.