FAQ

Bagaimana untuk Berdagang di Olymp Trade secara Mudah Alih

Ketahui cara untuk menggunakan platform kami dengan peranti mudah alih anda


Hampir mustahil untuk menjadi platform perdagangan yang bagus tanpa sebuah aplikasi. Olymp Trade tidak dikecualikan, dan hari ini kita akan meneliti aplikasi mudah alih Olymp Trade.

Walaupun terdapat orang yang memandang aplikasi mudah alih untuk kegunaan kewangan, tetapi mereka ketinggalan dari segi ini. Seperti yang dikatakan, kebanyakan platform perdagangan yang serius mempunyai aplikasi mudah alih yang setanding dengan versi dekstop dan web dari setiap segi.

Olymp Trade adalah antara syarikat pertama yang menyertai gerakan ini dan kini menawarkan aplikasi mudah alih Android dan iOS dilengkapi pelbagai instrumen perdagangan, ciri-ciri dan bonus yang tersedia di platform, dan juga peningkatan Kualiti Hidup yang unik untuk kemudahan pedagang.

 

Bagaimana untuk Mencari dan Memasang Aplikasi Mudah Alih Olymp Trade?

Sebelum anda dapat menikmati kefungsian aplikasi, anda perlu mencari dan memasangnya terlebih dahulu. Mujurnya, ini suatu langkah yang mudah.

Android

Untuk Android, buka app store Google Play, taip “Olymp Trade” dalam medan Carian, dan kemudian pilih “Olymp Trade – Aplikasi Perdagangan Dalam Talian”. Atau terus ke sana melalui pautan ini.

iOS

Hampir sama langkahnya dengan Android, versi iOS boleh dijumpai di Apple App Store. Masukkan “Olymp Trade” dalam carian dan pilih “Olymp Trade – Perdagangan Dalam Talian” dalam hasil carian. Secara alternatif, anda boleh ikuti pautan ini dengan peranti mudah alih anda untuk navigasi cepat.

Hanya itu sahaja, dan anda telah ikut serta sebagai pengguna bangga aplikasi mudah alih Olymp Trade, serta ciri-ciri hebat yang ditawarkan sekarang dan akan ditambah di masa hadapan.

 

Bagaimana untuk Mendaftar dan Log Masuk ke Aplikasi Mudah Alih?

Proses pendaftaran dan log masuk ke platform Olymp Trade adalah mudah dan ringkas. Ia direka dengan intuitif, jadi anda dapat melakukannya dengan mudah tanpa masalah. Walau bagaimana pun, kita akan jelaskan di sini dan menyediakan arahan ringkas tentang cara melakukannya.

Mari kita mula dengan pendaftaran:

  • Muat turun dan pasang aplikasi Olymp Trade;
  • Buka aplikasi;
  • Pilih borang “Pendaftaran;
  • Masukkan e-mel anda;
  • Cipta kata laluan yang kukuh;
  • Pilih mata wang perdagangan anda (USD atau EUR);
  • Jika anda ingin terus membuat deposit, anda boleh lakukan dengan mudah menggunakan:
    • kad bank;
    • e-dompet;
    • mata wang kripto.
  • Pilih “Akaun Sebenar” atau “Akaun Demo”;

Seperti yang anda lihat, proses ini adalah terus terang dan tidak perlukan usaha yang banyak. Ikut sahaja arahan dari aplikasi (atau artikel ini), dan anda pasti siap dalam sekelip mata.

Sekarang, kita sentuh tentang log masuk. Ia juga mudah sahaja; untuk membuka profil anda dan mulakan dagangan, anda perlu:

  • Buka aplikasi mudah alih Olymp Trade;
  • Pilih borang “Log masuk”;
  • Masukkan nama pengguna dan kata laluan;
  • Jika anda log masuk dari lokasi atau peranti baru, anda perlu memasukkan kod pengesahan, yang akan dihantar melalui SMS;
  • Masukkan kod, jika perlu;
  • Kadangkala anda perlu menyelesaikan langkah Captcha untuk membuktikan anda bukan robot;
  • Itu sahaja, anda telah berjaya log masuk ke akaun anda dan sedia memulakan dagangan;

Kami juga mencadangkan penetapan pengesahan dua faktor melalui Google Authenticator atau SMS—untuk mengukuhkan keselamatan akaun dan dana anda. Lebih baik untuk berwaspada dengan data anda pada zaman moden ini.

Seperti yang boleh dilihat, kedua-dua proses ini adalah mudah dan setelah selesai, kini kita boleh merungkai ciri-ciri utama yang disediakan untuk anda dalam aplikasi mudah Olymp Trade.

 

Apakah Ciri-ciri Yang Disediakan?

Tarikan utama setiap aplikasi perdagangan ialah kefungsian. Berapa banyak ciri yang ditawarkan? Berapa banyak aset yang boleh didagangkan? Apakah alatan yang boleh dimanfaatkan? Kami akan menjawab semua soalan ini di bahagian ini sambil melihat dengan lebih teliti tentang platform mudah alih Olymp Trade.

Aset

Dari segi aset, versi mudah alih Olymp Trade adalah sama dengan versi desktop. Ia mempunyai jenis pasangan mata wang, saham, indeks, komoditi dan mata wang kripto yang sama—sedia untuk didagangkan. Berikut adalah antara aset yang paling popular:

  • Pasangan Mata Wang: EUR/USD, GBP/USD
  • Saham: Apple, Tesla, Google, Microsoft
  • Indeks: S&P500, Dow Jones
  • Logam: Gold, Silver
  • Komoditi: Brent, Natural Gas
  • ETF, Kripto dan banyak lagi.

Alatan Perdagangan

Untuk membantu pedagang menghasilkan keuntungan tertinggi daripada dagangan mereka, Olymp Trade menawarkan pelbagai alatan untuk digunakan:

  • Strategi tersuai untuk mengenali trend dan mencari titik kemasukan;
  • Penasihat yang memberikan anda isyarat bila untuk mula dan tamatkan dagangan;
  • Penunjuk dan Pengayun yang membantu anda memahami keadaan pasaran semasa;
  • Alat lukisan tersuai yang mana anda boleh menjalankan analisis carta teknikal sendiri;
  • Dan banyak lagi.

Secara keseluruhan, dengan aplikasi mudah alih Olymp Trade, anda mendapat pengalaman yang sama seperti pedagang profesional yang menggunakan komputer riba, tetapi dalam bentuk yang lebih kompak dan mudah dibawa bersama.

Akaun Demo

Kini anda sudah tahu maklumat asas tentang aset dan alatan yang boleh digunakan, tiba masanya untuk anda memulakan perjalanan perdagangan anda. Tapi, bagaimana untuk melakukan ini tanpa merisikokan wang anda? Di sinilah kehebatan Akaun Demo Olymp Trade menyerlah.

Ia adalah akaun perdagangan khas di mana anda boleh belajar untuk membuat dagangan, menggunakan alat perdagangan yang disediakan, berlatih strategi anda, dan sebagainya. Anda boleh lakukan ini tanpa membelanjakan satu sen pun. Semua pengguna berdaftar boleh mengakses mata wang 10,000 yang boleh ditambah semula di Akaun Demo yang boleh mereka gunakan. Apabila anda sudah bersedia, anda boleh beralih ke akaun sebenar, buat deposit, dan buat dagangan mengikut kemahuan anda.

 

Adakah Aplikasi Mudah Alih Olymp Trade berbeza dari Versi Web?

Seperti yang anda sangka, versi web platform kami mempunyai rupa yang berbeza daripada versi mudah alih, kerana kami perlu sesuaikan untuk skrin yang lebih kecil dan kawalan skrin sentuh berbanding tetikus dan papan kekunci.

Oleh itu, reka bentuk telah diolah, kawalan perdagangan dioptimumkan untuk pengguna mudah alih dan banyak lagi peningkatan kecil Kualiti Hidup dibuat untuk menawarkan pengalaman perdagangan yang lancar untuk skrin kecil.

Pada masa yang sama, aplikasi mudah alih mempunyai fungsi asas yang sama dan ciri-ciri lanjutan yang dinikmati oleh pengguna desktop. Olymp Trade Market, Trader’s Way, Akaun Berbilang Mata Wang dan sebagainya—kesemuanya tersedia untuk pedagang yang menggunakan peranti mudah alih. Jadi, kebolehan mereka untuk menghasilkan keuntungan tidak terjejas, dan mereka dapat menikmati kejayaan pada tahap yang sama seperti berdagang dengan komputer riba.

Itu sahaja tentang apa, bagaimana dan kenapa tentang aplikasi mudah alih Olymp Trade. Kami telah menyentuh asas penting tentang penggunaan dan ciri-cirinya, kami berharap anda dilengkapi segala yang diperlukan untuk memulakan perdagangan anda di mana anda berada.

Related posts
FAQ

Transaksi Bebas Risiko

Pedagang yang aktif dan setia mendapat transaksi bebas risiko sebagai hadiah. Oleh itu, apakah sebenarnya transaksi berisiko bebas? Adakah bonus, kod cheat, atau dana rizab untuk...
FAQ

5 Soalan Biasa Tentang Olymp Trade

Pedagang mempunyai banyak persoalan tentang Olymp Trade. Pada zaman perdagangan dalam talian ini, penting untuk mengetahui bahawa anda mempunyai broker yang boleh dipercayai...
Blog rasmi Olymp Trade