Psikologi

Bagaimana untuk Berdagang melawan Kerumunan?

Dua peraturan penting daripada pakar Olymp Trade


Konsep kerumunan pasaran telah lama diketahui oleh pedagang. Bagi kebanyakan orang, konsep ini menjadi simbol keputusan perdagangan yang tidak cekap dan salah.  Sekiranya anda pernah terfikir bahawa anda adalah sebahagian daripada sesuatu kumpulan, sudah tiba masanya untuk meninggalkan masyarakat yang abstrak ini.

Berdagang dari rumah membuatkan seseorang lebih berdikari. Tetapi apakah jenis autonomi yang boleh ditemui jika semua pedagang membaca berita dan memantau sebut harga yang sama?

Di dalam bahagian ini terdapat sebab-sebab bagi keadaan emosi biasa pelabur yang membawa kepada pembukaan perdagangan ke arah yang sama. Apa yang boleh anda lakukan apabila anda tidak mempunyai banyak kemahiran tetapi masih mempunyai keinginan untuk meninggalkan komuniti yang tidak menyenangkan itu? Mulakan dengan dua peraturan yang khusus.

 

Jangan buat keputusan perdagangan pada saat-saat kritikal

 Saat ketaktentuan luar biasa yang tinggi adalah situasi yang paling menarik di pasaran. Pada masa inilah aset menentukan arah trend.

Pedagang kehilangan wang akibat pergerakan yang goyah. Selalunya, pecahan aktiviti berlaku pada masa berita disiarkan. Keadaan tersebut mungkin sama ada kemas kini kalendar ekonomi atau berita yang dikeluarkan secara tiba-tiba.

Sebagai contoh, presiden Amerika mengenakan sekatan terhadap sesebuah negara secara spontan. Keadaan ini akan menyebabkan kelemahan mata wang negara tersebut, yang telah mengalami tekanan.

Pemecahan melalui paras yang penting juga membawa kepada peningkatan ketaktentuan. Tanda aras tersebut memainkan peranan strategik dalam pasaran.

Indeks saham paling aktif dalam tempoh 5-10 minit pertama sejak permulaan sesi dagangan dan dalam tempoh yang sama sebelum ia ditutup. Pola ini dihasilkan daripada spesifikasi dagangan instrumen ini.

Untuk terus bertenang dan tidak tunduk kepada provokasi tonjolan harga, elakkan berdagang pada saat-saat kritikal. Nasihat ini tidak bermakna anda perlu terus melupakan dagangan.

 

Berdagang apabila pasaran seimbang

Carta harga menyediakan banyak maklumat berguna, tetapi anda boleh mendapatkan lebih banyak lagi apabila menggunakan oscillator seperti RSI, Stochastic dan DeMarker. Setiap daripada oscillator dibahagikan kepada tiga zon: terlebih beli, terlebih jual dan zon di antara dua keadaan ini.

Ramai pedagang memberi tumpuan kepada oscillator hanya apabila garisan isyarat berada dalam zon terlebih beli atau terlebih jual. Malah, penunjuk sering memberi isyarat yang betul. Satu-satunya masalah ialah terlalu ramai pedagang menggunakan skim ini.

Sudah tentu kaedah sedemikian membantu untuk mendapatkan wang, tetapi kadang kala kita menerima terlalu banyak isyarat palsu. Sebab itulah lebih baik sekiranya menggunakan penunjuk ini bagi mencari zon imbangan pasaran untuk meninggalkan kerumunan.

RSI, Stochastic dan DeMarker akan membantu anda mencari keseimbangan di antara kawasan terlebih beli dan terlebih jual. Cuba lakukan perdagangan pada saat-saat pedagang lain tidak begitu aktif.


 Bukan sesuatu yang luar biasa tetapi tidak ramai yang dapat melihat kebebasan dalam perkara-perkara seperti itu. Ingatlah bahawa perdagangan dalam persekitaran baharu adalah pengalaman yang sangat berguna. Amalkan nasihat ini dan anda akan meninggalkan kerumunan pasaran.

Related posts
Manajemen Uang

Diari Pelabur

Sekiranya anda merekod setiap urus niaga dalam jurnal, dalam seminggu atau dua anda tidak hanya mengingati perasaan dan emosi anda, anda juga akan melihat langkah-langkah yang...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.