Forex

Berdagang CFD Forex di Olymp Trade adalah Lebih Baik daripada Pasaran Semerta

Panduan Pantas mengenai Perbezaan Antara CFD dengan Pasaran Semerta


Ramai dalam kalangan anda yang sudah bertanya kepada diri anda sendiri (dan kami), “apakah itu pasaran semerta dan apakah itu CFD?” Jangan risau jika anda belum mengetahui tentang ini kerana kami akan menerangkan asas-asas dalam memahami kedua-dua jenis mekanisme ini untuk berdagang, sebab kedua-duanya berbeza dan sebab kami percaya CFD lebih baik bagi pelanggan Olymp Trade.

Dagangan forex, kadangkala dirujuk sebagai Fx atau pertukaran mata wang asing, mempunyai pelbagai kaedah perdagangan yang tersedia untuk pelabur termasuk pasaran semerta, pertaruhan susut nilai, niaga hadapan, opsyen, CFD dan banyak lagi.

Marilah fokus pada dua kaedah yang paling popular — Pasaran Semerta dan Kontrak untuk Perbezaan (CFD). Kedua-dua pasaran ini mempunyai kelebihan dan kelemahan bergantung pada tujuan perdagangan anda, tetapi kami mendapati bahawa kebanyakan pelanggan Olymp Trade lebih suka CFD berbanding dengan pasaran semerta.

Why are CFDs Better Than Trading on the Spot Market MS_0

Untuk memahami sebabnya, mari kita mulakan dengan penjelasan tepat maksud “pasaran semerta” dan cara ia berfungsi.

 

Pasaran Semerta

Pasaran semerta merupakan pasaran yang lebih tradisional iaitu penjual dan pembeli bersetuju dengan harga perdagangan dan pertukaran bagi dua aset yang terlibat dalam perdagangan yang dilakukan dengan serta-merta — “semerta”. Namun demikian, sebenarnya ini tidak dapat dilakukan dengan semerta bagi kebanyakan aset kerana wujudnya keperluan untuk mengatur penghantaran aset tersebut.

Contohnya, anda mahu membeli 100 syer bagi saham dengan harga $100 USD setiap satu. Penjual bersetuju untuk menjual saham ini kepada anda dengan harga tersebut dan anda bersedia untuk membayar dengan serta-merta, tetapi mereka perlu mengatur agar sijil saham dihantar kepada anda dan mereka tidak mempunyai sijil sebenar dengan mereka.

Sekiranya ini berlaku, normanya ialah T+2, yang bermaksud tarikh transaksi ditambah 2 hari bekerja untuk memuktamadkan transaksi. Harga yang dipersetujui telah ditetapkan dan tidak akan berubah walaupun terdapat perubahan nilai saham dalam tempoh dua hari yang diperlukan untuk menerima sijil.

Satu lagi contoh ialah pertukaran dua mata wang di pasaran Forex. Anda mahu membeli barangan Jepun, tetapi anda memerlukan Yen untuk berbuat demikian. Oleh itu, anda pergi ke bursa saham dan membeli Yen dengan USD anda pada harga semerta dan menerima Yen dengan serta-merta supaya anda boleh melakukan pembelian.

Kebanyakan bursa saham akan melakukan transaksi dengan serta-merta, tetapi jika anda pergi ke pasaran yang lebih besar, had transaksi 2 hari mungkin dikenakan (T+2) sebelum anda benar-benar menerima Yen anda.

Bagi komoditi seperti minyak dan Emas, masa penghantaran boleh memakan masa yang lebih lama dan selalunya kontrak niaga hadapan digunakan untuk memudahkan pertukaran ini pada waktu yang ditetapkan pada masa depan.

Kunci yang paling penting bagi pasaran semerta ialah terdapat pertukaran Sebenar yang berlaku antara kedua-dua pihak.

 

Kontrak Untuk Perbezaan (CFD)

Apa yang berlaku jika anda tidak benar-benar berminat untuk menerima sesuatu aset dan ingin menjual semula aset tersebut untuk mendapatkan keuntungan kerana anda yakin nilai aset tersebut akan meningkat pada masa hadapan? Bagaimana pula jika anda rasa bahawa nilai sesuatu aset akan hilang pada masa hadapan dan ingin membuat keuntungan daripada penurunan nilai aset itu?

Di sinilah CFD boleh menjadi instrumen kewangan yang hebat bagi pelabur dan broker seperti Olymp Trade yang telah mewujudkan platform yang khusus bagi jenis perdagangan ini.

Dengan CFD, pelabur boleh mengikat perjanjian dengan broker berdasarkan kepercayaan mereka pada harga aset masa depan tanpa mengira sama ada ia lebih rendah atau lebih tinggi daripada harga “semerta” semasa. Dalam kes ini, broker menjadi pihak ke-2 dalam transaksi dan bukannya pelabur yang lain dan mengikat kontrak untuk perbezaan dalam harga aset dari masa ke masa.

 

Berikut ialah satu contoh biasa:

Anda percaya bahawa harga dolar Kanada (CAD) berhubung dengan dolar A.S. akan meningkat dalam masa terdekat. Pasaran pasangan mata wang Forex USD/CAD berfungsi sebagai pasaran asas bagi ramalan anda.

Sekiranya nilai CAD meningkat berbanding dengan USD, ini bermaksud jumlah USD yang diperlukan untuk membeli meningkat, jadi anda mengikat pesanan Beli pada harga semasa. Sekiranya pada bila-bila masa, anda mahu keluar daripada transaksi, anda boleh menutup perjanjian dan mengambil perbezaan antara kedua-dua harga tersebut.

Sekiranya nilai meningkat, seperti yang anda jangkakan, sebanyak $50 USD, maka anda akan memperoleh keuntungan $50 ditolak apa-apa komisen untuk transaksi.

Anda boleh mengikat Jual CFD dengan cara yang sama. Kuncinya ialah aset pendasar bergerak ke arah yang anda ramalkan dan semakin besar pergerakan ke arah itu, semakin besar keuntungan anda.

Ini berbeza daripada perdagangan semerta tradisional iaitu anda benar-benar memegang aset tersebut dan menjual semula kepada pihak lain yang berminat untuk membeli.

 

Manfaat CFD di Olymp Trade

Menggunakan CFD Forex di Olymp Trade memberikan beberapa kelebihan kepada pedagang berbanding dengan pasaran semerta.

 

1. Tidak Perlu Menerima/Membuat Penghantaran bagi Aset

Seperti yang kami telah jelaskan sebelum ini, memandangkan kebanyakan pedagang tidak berminat untuk memegang aset tertentu secara kekal, mereka boleh berdagang dengan lebih mudah hanya pada nilai sesuatu aset dan ini dapat mengurangkan kos dan kerumitan transaksi.

 

2. Membuat Keuntungan daripada Pergerakan Pasaran Ke Bawah Tanpa Memiliki Aset

Keupayaan untuk mengaut keuntungan daripada pergerakan pasaran ke bawah adalah mungkin dengan CFD tanpa benar-benar perlu memiliki aset tersebut untuk “menjangkanya turun” dan tanpa perlu membelinya pada harga atau waktu “jangka turun” yang disebutkan.

Anda boleh membuat keuntungan yang besar walaupun pasaran sedang menurun.

 

3. Sistem Keumpilan yang Lebih Baik dengan Pengganda Olymp Trade

Dengan menggunakan sistem pengganda Olymp Trade, pedagang boleh mengikat CFD sehingga 500 kali jumlah pelaburan mereka, yang menjadikan perdagangan lebih menguntungkan. Selain itu, disebabkan pengganda tidak berfungsi seperti keumpilan biasa, pedagang hanya merisikokan jumlah pelaburan mereka dan bukannya jumlah pinjaman (berkeumpilan).

Why are CFDs Better Than Trading on the Spot Market MS_0

Sekiranya anda memasuki perdagangan dengan harga $100 USD daripada wang anda sendiri dan Olymp Trade memberi anda pengganda sebanyak 500x jumlah itu, anda akan membuat keuntungan 500 kali ganda bagi ramalan yang betul mengenai pergerakan harga. Dalam kes ini, bahkan pergerakan yang kecil hanya sebanyak 1% ke arah yang dipilih akan mencapai keuntungan $500 USD bagi pedagang ditolak komisen.

Why are CFDs Better Than Trading on the Spot Market MS_0

Yang paling baiknya, sekiranya harga bergerak ke arah yang salah, anda hanya akan kehilangan jumlah pelaburan sebanyak $100 USD dan anda boleh keluar dari kedudukan sebelum $100 USD anda hilang. Dengan memanfaatkan fungsi Hentikan Kerugian platform, risiko adalah jauh lebih rendah berbanding dengan pasaran semerta kerana anda tidak perlu mencari pedagang lain yang bersedia untuk mengambil harga anda.

 

Kesimpulan

Terdapat banyak cara untuk berdagang di pasaran selain perdagangan semerta dan CFD. Ini terutamanya benar dengan Forex, yang mempunyai varian seperti pertaruhan susut nilai, opsyen digital dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, kelebihan menggunakan CFD cukup jelas jika dibandingkan dengan kaedah perdagangan Forex yang lain.

Mudah untuk melihat sebab-sebab CFD begitu popular di pasaran perdagangan baru muncul seperti perdagangan Forex di India, Malaysia, Indonesia, Afrika dan Amerika Selatan. Hanya dengan deposit yang kecil sebanyak $10 USD, pedagang boleh memanfaatkan pengganda Olymp Trade untuk memperoleh keuntungan yang besar dengan risiko yang dikurangkan.

Sekiranya anda belum menggunakan platform Forex daripada Olymp Trade, anda kini mempunyai alasan yang baik untuk mula gunakan platform ini.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.