Analysis

Berita Mingguan 02.12—06.12.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Kesatuan Eropah dan Australia mengeluarkan data KDNK S3 mereka minggu ini. China melaporkan PMI perkilangannya. RBA mengeluarkan keputusan kadar faedahnya,dan pakatan OPEC+ akan mengeluarkan keputusannya tentang jumlah pengeluaran minyak. A.S. menerbitkan data Gaji Sektor Bukan Pertanian terkini. Siasatan pendakwaan pemimpin A.S. memasuki fasa baharu.

 

2 Disember. PMI China. Wain dan “cukai digital”

Indeks Pengurus Pembelian Perkilangan Caixin China masuk pada pukul 01:45 GMT. Ia akan menunjukkan kepada kita reaksi pengeluar Cina terhadap keadaan ekonomi global dan geopolitik. Sekiranya keputusannya sama dengan 51.4 mata atau lebih tinggi, China akan membuktikan kestabilan sistemnya sekali lagi.


A.S. mungkin mengumumkan pembalasan terhadap “cukai digital” Perancis yang mensasarkan perusahaan teknologi besar. Wakil Perdagangan A.S. Robert Lighthizer sedang mengkaji masalah ini. Presiden A.S. Donald Trump mengancam untuk menaikkan tarif wain Perancis.

 

3 Disember. Kadar faedah RBA

Pada pukul 03:30 GMT, Reserve Bank of Australia mengeluarkan keputusan kadar faedahnya. Bank baru-baru ini memberi bayangan kemungkinan penurunan kadar lain. Pada 26 November, Gabenor RBA Philip Lowe menetapkan sasaran 0.25%. Indeks itu berada pada tahap 0.75% sekarang.

Kami percaya bahawa sekurang-kurangnya satu penurunan akan berlaku sebelum akhir tahun ini. Mata wang Australia, yang telah kehilangan lebih 2% daripada nilainya sejak awal bulan November, juga menunjukkan pengurangan kadar lanjut.

 

4 Disember. KDNK Australia. Perbicaraan pendakwaan

Australia melancarkan KDNK S3 pada pukul 00:30 GMT. Ekonomi dijangka berkembang sebanyak 0.5%.

Berlatarbelakangkan kekurangan faktor negatif pada suku terakhir, serta pengurangan risiko perang perdagangan antara A.S. dengan China, ramalan itu kelihatan realistik. Di samping itu, ekonomi Australia telah menunjukkan hasil yang sama pada suku kedua.


Jawatankuasa Kehakiman Senat A.S. akan mempertimbangkan alasan untuk pemecatan (pendakwaan) Presiden Donald Trump. Perbicaraan itu dijadualkan pada pukul 15:00 GMT. Berdasarkan perbincangan itu, kes bagi pendakwaan akan sama ada dirujuk kepada Dewan Perwakilan atau ditolak.

 

5 Disember. KDNK EU. Mesyuarat OPEC+

Pada pukul 10:00 GMT, kawasan euro akan mengumumkan data awal KDNK S3. Juruanalisis menjangkakan kenaikan sebanyak 0.2%. Kelembapan ekonomi rantau itu disebabkan oleh kemelesetan di Jerman dan Itali. Dalam keadaan semasa, senario terbaik adalah bacaan selaras dengan ramalan.


OPEC+ akan membincangkan kemungkinan pelanjutan perjanjian had pengeluaran minyak di Vienna. OPEC dan sekutu-sekutunya dijangkakan untuk memanjangkan penurunan output untuk tempoh standard 6 bulan berikutan risiko penurunan harga minyak dalam situasi tiada kemajuan dalam hubungan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat.

 

6 Disember. Gaji Sektor Bukan Pertanian. Rundingan perjanjian nuklear Iran.

Pada pukul 13:30 GMT, A.S. mengeluarkan laporan tentang Gaji Sektor Bukan Pertanian. Juruanalisis mengharapkan hasil sebanyak 183 ribu. Tiada bacaan telah mencapai nilai ini sejak empat bulan yang lalu. Walau bagaimanapun, penurunan kadar Persekutuan pada bulan September mungkin mempunyai kesan merangsang pada hasilnya.


Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Perjanjian Nuklear Iran akan diadakan di Vienna. Pegawai dari China, Perancis, Rusia, Jerman, Great Britain dan Iran akan mengambil bahagian dalam mesyuarat itu. Dua minggu sebelum itu, Republik Islam Iran membuat satu langkah lagi untuk mengabaikan perjanjian sebelumnya dengan menjalankan kerja-kerja persiapan di salah satu kemudahan nuklear negara itu.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 02.04.2020

Presiden Amerika memberi amaran kepada warga AS tentang minggu-minggu sukar yang akan datang dan membiarkan peningkatan kematian disebabkan COVID-19 kepada beberapa ratus...
© 2014 - 2020 Olymp Trade Blog. All Rights Reserved.