Analysis

Berita Mingguan 04.05.2020–08.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Minggu ini, pedagang harus memberikan tumpuan pada butiran pelan pemulihan ekonomi Eropah, data terkini pekerjaan AS dan keputusan Texas Railroad Commission tentang pengeluaran minyak.

 

Peristiwa Penting dalam Kalendar Ekonomi

  • Jerman mengeluarkan PMI perkilangan pada 4 Mei.
  • UK mengeluarkan PMI perkhidmatannya pada 5 Mei.
  • AS mengeluarkan laporan pekerjaan bukan pertanian ADP pada 6 Mei.
  • Bank England mengumumkan keputusan kadar utamanya pada 7 Mei.
  • AS mengeluarkan Gaji Sektor Bukan Pertanian pada 8 Mei.

 

4 Mei. Nasib Kilang Tesla di California

Tesla merancang untuk meneruskan operasi normal kilangnya di Fremont, California. Ini hanya dapat dicegah dengan lanjutan sekatan duduk rumah di negeri itu, yang dijadualkan untuk ditarik balik pada 4 Mei.


Di AS, kemungkinan pelonggaran sekatan sanitari ialah topik perbincangan yang sengit. Proses ini sudah bermula di beberapa negeri. Walau bagaimanapun, anggota Dewan Perwakilan juga enggan meneruskan kerja mereka pada 4 Mei kerana wabak COVID-19 yang berterusan.

 

5 Mei. Pengeluaran Minyak di Texas

Texas Railroad Commission (RRC) akan membincangkan kemungkinan pengurangan pengeluaran minyak. Ryan Sitton, salah seorang pesuruhjaya, telah mencadangkan pengurangan 1 juta tong sehari sebelum ini. Walau bagaimanapun, rakan sekerjanya menolak idea itu dan menghantarnya ke pejabat pendakwa untuk dibincangkan.

Suruhanjaya Kereta Api Texas tidak hanya bertanggungjawab terhadap jalan kereta api, tetapi juga sektor minyak negara. Ada kemungkinan bahawa pengusaha minyak Texas akan bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bahan mentah pada 5 Mei.

 

6 Mei. Pelan Pemulihan Ekonomi Eropah

Menjelang hari ini, Suruhanjaya Eropah patut membentangkan butiran pelan kerja dana pemulihan ekonomi EU. Presiden Perancis Emmanuel Macron memberi amaran kepada Kesatuan Eropah tentang risiko keruntuhan jika mereka tidak mengambil semua langkah yang boleh dilakukan untuk menyokong wilayah yang paling terjejas.

Sementara itu, masih belum ada persetujuan antara negara-negara blok tentang strategi keluar daripada kemelesetan global. Anggota kesatuan yang kaya tidak tergesa-gesa untuk menyelamatkan negara lain.

 

7 Mei. Prospek Tempoh Kuarantin yang Dilanjutkan di UK

Ini ialah hari terakhir sekatan pergerakan di UK. Walau bagaimanapun, menurut Perdana Menteri Boris Johnson, negara itu belum bersedia untuk menarik balik sekatan tersebut. Langkah-langkah kuarantin berkemungkinan akan dilanjutkan. Sementara itu, kadar inflasi di United Kingdom telah jatuh ke minimum dua tahun.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 11.09.2020

Rang undang-undang pasaran domestik UK melanggar perjanjian Brexit atas status Ireland Utara Dan speaker Dewan Perwakilan AS juga mencadangkan untuk "melupakan" perjanjian...
Analysis

Berita Mingguan 25.05.2020-29.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita Mingguan 20.01 — 24.01.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.