Analysis

Berita Mingguan 06.07.2020–10.07.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Peristiwa penting pada minggu ini termasuk mesyuarat Presiden A.S. dengan rakan sejawat Mexiconya, pelan ekonomi UK yang dikemas kini dan pilihan raya awal di Singapura.

 

Kalendar Ekonomi

06.07 14:00 GMT 🇺🇸Laporan ISM Bukan Perkilangan mengenai Perniagaan (ISM) — EUR/USD ▼

07.07 14:00 GMT 🇺🇸Tinjauan Peluang Kerja dan Kadar Pusing Ganti Buruh (JOLTs) — EUR/USD ▼

08.07 14:30 GMT 🇺🇸Stok Minyak Mentah— USD/CAD ▲

10.07 12:30 GMT 🇺🇸Indeks Harga Pengeluar (PPI) — EUR/USD ▼

 

6 Julai Google Membuka Semula Pejabat

Google mula membuka semula pejabatnya pada 6 Julai. Pada mulanya, penghunian bangunan tidak akan melebihi 10%. Syarikat tersebut merancang untuk mencapai kapasiti 30% pada bulan September.

 

8 Julai Pelan Ekonomi Baharu UK. Lawatan Presiden Mexico ke AS

Menteri kewangan Britain Rishi Sunak akan mengumumkan kemas kini pelan pengurusan ekonomi untuk memerangi kesan ekonomi pandemik COVID-19. Sementara itu, Perdana Menteri Boris Johnson telah meminta untuk mempercepatkan pelaburan dalam infrastruktur dan pembinaan.


Presiden Mexico Andres Manuel López Obrador akan membuat lawatan rasmi ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Donald Trump. Ketua negara tersebut mempunyai banyak isu untuk dibincangkan, daripada hubungan ekonomi hingga imigrasi haram.

Biar kami ingatkan anda bahawa NAFTA, sebuah perjanjian perdagangan baharu antara A.S., Mexico dan Kanada mula berkuat kuasa pada 1 Julai.

 

9 Julai Pegawai Tentera Memberi Keterangan di Hadapan Kongres AS

Pegawai Pentagon tertinggi akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pasukan Bersenjata AS mengenai respons tentera atas bantahan antiperkauman besar-besaran.

 

10 Julai Pilihan Raya Parlimen di Singapura

Pilihan raya parlimen awal akan diadakan di Singapura pada 10 Julai. Disebabkan risiko penyebaran COVID-19, parti-parti tidak dibenarkan untuk menjalankan kempen di luar talian. Walau bagaimanapun, mereka akan mempunyai lebih banyak masa untuk menjalankan kempen di TV tempatan.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 20.04.2020-24.04.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 10.04.2020

Ketua IMF mengatakan bahawa kejadian dunia ini menyebabkan krisis paling teruk sejak Zaman Meleset di Amerika Syarikat Mungkinkah keadaan bertambah...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.