Analysis

Berita Mingguan 08.06.2020-12.06.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Peristiwa penting pada minggu ini termasuk permulaan semula penerbangan antarabangsa di China, laporan tentang bekalan dan permintaan pertanian serta ulang tahun protes Hong Kong.

 

Kalendar Ekonomi

07.06 23:50 GMT 🇯🇵GDP — USD/JPY ▼

09.06 14:00 GMT 🇺🇸JOLTS — EUR/USD ▲

10.06 18:00 GMT 🇺🇸Keputusan Kadar Faedah— EUR/USD ▲

11.06 12:30 GMT 🇺🇸Indeks Harga Pengeluar (PPI) — EUR/USD ▼

12.06 06:00 GMT 🇬🇧Jumlah Pengeluaran Pembuatan — EUR/USD ▼

 

8 Jun. China Memulakan Semula Penerbangan Antarabangsa

Menurut Pentadbiran Penerbangan Sivil China, negara tersebut mengangkat sebahagian daripada sekatan terhadap pengangkutan udara antarabangsa. Walaupun begitu, AS bercadang melarang syarikat penerbangan China daripada terbang ke AS mulai 16 Jun.

Perintah Jabatan Pengangkutan AS mengatakan bahawa China gagal mencipta persekitaran di mana kedua-dua pihak boleh menyambung perkhidmatan penumpang.

 

9 Jun. Ulang Tahun Bantahan Hong Kong

Demonstrasi bantahan berskala besar dirancang untuk diadakan di Hong Kong. Pada hari ini satu tahun yang lalu, orang ramai pergi ke jalanan untuk membantah undang-undang keselamatan baharu yang menyiratkan penyerahan balik suspek ke tanah besar China.  Usul undang-undang tersebut akhirnya tidak diteruskan tetapi bantahan di Hong Kong tetap disambung.

Beijing sekarang bersiap sedia untuk melaksanakan satu undang-undang keselamatan nasional baharu terhadap Hong Kong yang tidak dipersetujui oleh pembantah pro-demokrasi.

 

10 Jun. Perbincangan AS – Iraq

Pusingan pertama perundingan strategik antara AS dengan Iraq dijadualkan berlaku pada 10-11 Jun. Negara-negara tersebut akan membincangkan kerjasama dalam ruang ekonomi, politik dan ketenteraan.

 

11 Jun. Dasar Pertanian AS

Jabatan Pertanian AS akan menerbitkan laporan Bekalan dan Permintaan Pertanian Dunia Jun. Anda perlu berikan perhatian kepada kedudukan Jabatan tersebut berkaitan niat China untuk melarang syarikat milik negaranya daripada membeli daging khinzir dan kacang soya AS.

 

12 Jun. Pembentangan PlayStation Baharu

Pembentangan PlayStation 5 baharu dan permainan PS5 dilaporkan akan diadakan pada hari ini. Majlis tersebut dijadualkan berlangsung pada 4 Jun tetapi syarikat Sony mengambil keputusan untuk menundanya disebabkan oleh pergolakan sivil di AS.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.