Analysis

Berita Mingguan 10.03.2020—13.03.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Senarai peristiwa penting minggu ini termasuk keputusan kadar faedah yang dibuat oleh ECB, Belanjawan UK dan perbincangan tentang krisis pelarian Syria di Majlis Kesatuan Eropah.

 

Peristiwa Penting dalam Kalendar Ekonomi

  • AS mengeluarkan Indeks Harga Pengeluar Terasnya pada 11 Mac.
  • ECB mengeluarkan keputusan kadar faedahnya pada 12 Mac.

 

10 Mac. Super Tuesday Kedua

Pemilihan pendahuluan Parti Demokrat utama yang seterusnya akan diadakan di enam negeri di Amerika Syarikat: Idaho, Washington, Mississippi, Missouri, Michigan dan Dakota Utara. Sebagai hasilnya, kita akan mendapat pemahaman yang cukup jelas tentang calon yang akan menjadi pencabar Demokrat kepada Presiden Republikan, Donald Trump pada bulan November.

Pemilihan pendahuluan presiden telah diadakan di 14 negeri pada Super Tuesday sebelumnya. Antara ahli Demokrat, bekas Naib Presiden Joe Biden dan Senator Bernie Sanders menjadi kegemaran. Tetapi Biden ternyata lebih popular daripada Sanders, yang terkenal dengan pandangan sosialisnya.

 

11 Mac. Tindak Balas British terhadap Cabaran Baharu

Kementerian Kewangan UK akan menyerahkan draf Belanjawannya untuk tahun fiskal baharu. Disebabkan kelembapan ekonomi global, banyak negara bergegas untuk mengambil langkah-langkah rangsangan. Dalam masa terdekat, kita akan mengetahui taruhan London.

Jelas sekali bahawa Brexit, wabak koronavirus dan kesan perang perdagangan antara China dengan AS akan memaksa kerajaan Boris Johnson dan Bank of England melakukan segala usaha untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi.

 

12 Mac. Pusingan Sekatan Baharu

Majlis Kesatuan Eropah akan membuat keputusan tentang lanjutan sekatan ekonomi terhadap Rusia. Pengembangan senarai sekatan tiada dalam pilihan.

 

13 Mac. Kesatuan Eropah akan Menentukan Nasib Pelarian Syria

Majlis Kesatuan Eropah akan membincangkan tahap baharu krisis penghijrahan akibat perang saudara di Syria. Pegawai kanan Eropah percaya bahawa Athens perlu dibantu untuk menerima pelarian. Walau bagaimanapun, rakyat Yunani biasa tidak berminat untuk menerima aliran penghijrahan baharu.

Ingat kembali: Minggu lepas, Turki berhenti bertindak sebagai zon penampan untuk beribu-ribu orang Syria yang melarikan diri dari perang.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.