Analysis

Berita Mingguan 13.07.2020–17.07.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Peristiwa penting pada minggu yang akan datang termasuk laporan kewangan Goldman Sachs, kemungkinan sekatan terhadap Turki dan sidang kemuncak pemimpin EU.

 

Kalendar Ekonomi

14.07 12:30 GMT 🇺🇸Indeks Harga Pengguna Teras (CPI) — EUR/USD ▼

15.07 06:00 GMT 🇬🇧Indeks Harga Pengguna — GBP/USD ▲

16.07 15:30 GMT 🇺🇸Indeks Jualan Runcit Teras — EUR/USD ▼

17.07 09:00 GMT 🇪🇺Indeks Harga Pengguna — EUR/USD ▲

 

13 Julai. Sekatan EU terhadap Turki

Menteri-menteri luar negeri EU akan bertemu pada 13 Julai untuk membincangkan sekatan terhadap Turki. Ingat kembali bahawa EU pada lebih awal telah mengenakan sebilangan sekatan terhadap Ankara disebabkan penjelajahan minyak dan gas di pesisir pantai Cyprus Utara. Tambahan pula, Turki telah melanggar perjanjian dengan membekalkan senjata kepada rakan sekutunya di Libya dan Syria.

 

14 Julai. Laporan Bulanan OPEC

Pada 14 Julai, OPEC akan mengeluarkan Laporan Bulanan Minyak tradisionalnya. Peristiwa yang perlu diperhatikan baru-baru ini termasuk kenyataan yang dibuat oleh Arab Saudi, yang telah mengancam negara-negara OPEC dengan perang harga minyak jika mereka tidak mematuhi pengurangan output.

 

15 Julai. Laporan Pendapatan Goldman Sachs

Pada 15 Julai, sebelum sesi perdagangan, bank pelaburan Goldman Sachs akan menerbitkan Laporan Suku Kedua 2020. Jangkaan pendapatan setiap saham ialah $3.41. Ramalan hasil adalah pada $9.01bn dan dagangan pada saham syarikat ini mungkin agak tidak menentu pada hari ini.

Ingat bahawa anda boleh membuat dagangan pada saham Goldman Sachs dengan menggunakan pengganda x20 pada platform Olymp Trade.

 

17 Julai. Sidang kemuncak Pemimpin EU

Sidang kemuncak pemimpin EU di luar talian yang pertama akan diadakan pada 17-18 Julai. Para peserta akan memberi tumpuan pada belanjawan jangka panjang EU dan pakej pemulihan yang akan memberikan kuasa kepada ekonomi di rantau tersebut.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.