Analysis

Berita Mingguan 16.12–20.12.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Cetakan minggu ini mengeluarkan, termasuk data terbaru tentang KDNK A.S., pengeluaran industri China dan kadar faedah UK. Perancis bersedia untuk tunjuk perasaan besar. A.S. mungkin akan mengenakan sekatan terhadap talian paip gas Nord Stream 2 milik Rusia.

 

Peristiwa paling penting dalam kalendar ekonomi:

  • China mengeluarkan data pengeluaran industri bulan November miliknya pada 16 Disember.
  • UK mengeluarkan laporan tuntutan penganggur bulan November miliknya pada 17 Disember.
  • Zealand mengeluarkan laporan KDNK S3 miliknya pada 18 Disember.
  • Bank England menerbitkan keputusan kadar faedahnya pada 19 Disember.
  • AS mengeluarkan laporan terakhir KDNK S3 miliknya pada 20 Disember.

 

16 Disember. Pemimpin Hong Kong bertemu dengan bos

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam akan bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping di Beijing. Pelbagai perkara yang kita boleh harapkan daripada pertemuan ini: daripada penyusunan semula kakitangan pentadbiran kerajaan autonomi sehingga penukaran Cik Lem dengan ahli politik yang lebih berkuasa.

Ingat kembali bahawa penunjuk perasaan yang menggegarkan Hong Kong selama lebih enam bulan. Kini situasi telah kembali normal kerana calon pro-demokrasi menang dalam pilihan raya tempatan.

 

17 Disember. Tunjuk perasaan besar-besaran di Perancis

Tunjuk perasaan umum terhadap reformasi pencen yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Edouard Philippe akan berlangsung di Perancis. Salah satu kesatuan dagangan terbesar negara itu, Gabungan Buruh Demokratik Perancis (CFDT), akan mengambil bahagian dalam tunjuk perasan ini. Ketua organisasi itu telah lama tidak melibatkan diri dalam aktiviti tunjuk perasaan, tetapi mereka mengumumkan bahawa kerajaan telah melampaui batas.  

 

18 Disember. Pelancaran telefon lipat Samsung. Program nuklear Iran

Samsung bersedia untuk memperkenalkan Galaxy Fold 2, telefon pintar dengan skrin yang boleh dilipat. Ingat kembali bahawa model pertama Galaxy Fold mempunyai beberapa kelemahan. Samsung memastikan bahawa model terbaru ini tidak mempunyai kelemahan yang sama.

Samsung mempertahankan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar. Pada suku kedua, pasaran peranti mudah alih syarikat itu melebihi 23% daripada jumlah antarabangsa.


Majlis Pertahanan PBB akan membincangkan isu berkaitan perlaksanaan Rancangan Tindakan rasmi Tehran terhadap program nuklear Iran. Republik Islam Iran akan dikritik kerana mengurangkan komitmen mereka secara beransur-ansur (ini merupakan balasan terhadap sekatan anti-Iran oleh Washington). Harap maklum bahawa kadangkala berita tentang Iran akan mempengaruhi harga minyak.

 

19 Disember. Pemimpin Iran di Jepun

Presiden Iran, Hassan Rouhani mungkin akan melawat Jepun untuk berjumpa Perdana Menteri, Shinzo Abe. Tokyo cuba membantu meleraikan isu program nuklear Iran dengan menjadi orang tengah antara Washington dengan Tehran.

 

20 Disember. Sekatan terhadap talian paip gas

A.S. mungkin akan mengenakan sekatan terhadap syarikat yang terlibat dalam pembinaan talian paip gas Nord Stream 2 dan pengurusan tertinggi mereka sehingga 20 Disember. Sekatan ini akan mempengaruhi organisasi dari Rusia, Belanda, Austria dan Jerman. Undang-undang ini bakal diterima pakai sebelum anggota kongres pulang untuk cuti Krismas.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 13.08.2020

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan kelulusan vaksin untuk virus Covid-19 yang dibangunkan oleh makmal sama yang membangunkan vaksin untuk Ebola dan...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.