Analysis

Berita Mingguan 21.10–25.10.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Minggu ini, ECB akan memutuskan kadar faedahnya. Selain itu, pedagang akan mengikut penunjuk penting ekonomi Jerman – PPI dan IFO. Kanada mengadakan pilihan raya parlimen dan mengeluarkan data terkininya tentang jualan runcit. Menjelang akhir minggu ini kita akan mengetahui butiran pertama IPO yang akan datang Saudi Aramco. Google akan memulakan jualan telefon pintar baharunya.

 

21 Oktober. PPI Jerman. Pilihan Raya di Kanada.

Jerman mengeluarkan indeks harga pengeluarnya (PPI) pada jam 06:00 GMT. Juruanalisis tidak menjangkakan data positif pada salah satu faktor inflasi utama. Pakar-pakar meramalkan keputusan sebanyak -0.2%.

Penunjuk negatif akan memberikan pengesahan tambahan terhadap kemelesetan ekonomi di Jerman, serta kelembapan pertumbuhan di seluruh Kesatuan Eropah.


Kanada akan mengadakan pilihan raya parlimen tergempar. Perdana Menteri semasanya, Justin Trudeau telah dituduh sebagai bersifat rasisme baru-baru ini dan dipaksa membuat video untuk meminta maaf. Meskipun dengan skandal ini, pengundi mungkin menyokong rejim semasa disebabkan oleh kestabilan di negara ini.

 

22 Oktober. Jualan runcit di Kanada. Dialog Jepun-Korea

Kanada mengeluarkan data negara tentang indeks jualan runcit bulan Ogos pada jam 12:30 GMT. Laporan sebelumnya mencatatkan penurunan sebanyak -0.1%. Pedagang kini menjangkakan nilai positif sebanyak 0.3%.

Ambil perhatian bahawa indeks harga pengguna yang dikeluarkan pada bulan yang sama menurun sebanyak 0.1%. Besar kemungkinan laporan jualan runcit akan mengecewakan pelabur.


Perdana Menteri Korea Selatan Lee Nak-yon akan membuat lawatan rasmi selama dua hari ke Jepun untuk menghadiri upacara penabalan Maharaja Naruhito. Lee Nak-yon dijangka akan bertemu dengan rakan sejawatnya Abe Shinzo.

Kami mengingatkan anda bahawa terdapat kemerosotan dalam hubungan antara kedua-dua negara akibat ketidaksepakatan tentang isu ketenteraan dan perdagangan.

 

23 Oktober. Siasatan baharu terhadap Donald Trump

Rakan kongsi bekas peguam peribadi Presiden Trump, Rudy Giuliani akan hadir di mahkamah persekutuan AS. Lev Parnas dan Igor Fruman akan dipersoalkan tentang perolehan wang untuk membiayai beberapa kempen pilihan raya dan melobi.

Khususnya, mereka berminat dalam hubungan antara orang yang disyaki dan siasatan tentang aktiviti anak bekas Naib Presiden AS, Joe Biden di Ukraine. Perbicaraan ini ialah satu lagi tamparan kepada reputasi Presiden AS, yang sudah tercemar.

 

24 Oktober. Kadar faedah ECB. Jualan Pixel 4

Bank Pusat Eropah memutuskan kadar faedahnya pada jam 11:45 GMT. Pakar menjangkakan kadar itu akan dikekalkan pada 0.0%. Walau bagaimanapun, ECB mungkin melepaskan kawalan dan melonggarkan dasar monetari pada bulan depan.

Ini merupakan bulan terakhir bagi Mario Draghi sebagai ketua ECB. Beliau akan digantikan oleh bekas Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde tidak lama lagi.


Google mula menjual telefon pintar baharunya iaitu Pixel 4 di AS. Model ini akan menelan kos sebanyak $799, yang lebih rendah daripada harga telefon pintar terunggul Apple yang diperkenalkan sebelumnya.

Syarikat ini terus mengembangkan pengeluaran telefon pintarnya, tetapi syarikat ini tidak dapat menguasai pasaran dengan cepat. Kita boleh mengetahui lebih lanjut tentangnya daripada laporan suku tahunan raksasa IT tersebut, yang akan dibentangkan pada 28 Oktober.


25 Oktober. Aktiviti perniagaan Jerman. IPO Saudi Aramco

Pedagang akan memantau data bulan Oktober tentang Indeks suasana Perniagaan IFO Jerman, yang dikeluarkan pada jam 08:00 GMT. Ramalannya ialah 94.5 mata. Dinamik penunjuk ini ialah negatif sejak bulan November 2017. Kami percaya bahawa senario itu kemungkinan besar akan menjadi negatif lagi.


Saudi Aramco dijangkakan untuk memfailkan Prospektus IPOnya sebelum 25 Oktober. Dokumen ini akan dibentangkan dalam bahasa Arab. Versi bahasa Inggeris akan dikeluarkan pada 27 Oktober

Menurut Pengerusi lembaga pengarah syarikat itu,Yasser al-Rumayyan, serangan pengganas terhadap infrastruktur minyak negara baru-baru ini tidak akan menjejaskan rancangan syarikat untuk penawaran awam permulaan.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.