Analysis

Berita Mingguan 23.03.2020–27.03.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Senarai berita penting minggu ini termasuk PMI Pembuatan Jerman, laporan KDNK akhir AS dan nasib kedai Apple.

 

Peristiwa Utama pada Kalendar Ekonomi

  • Jerman mengeluarkan data tentang indeks pengurus pembelian pembuatan (PMI) pada 24 Mac.
  • AS mengeluarkan data tentang pesanan barangan tahan lama pada 25 Mac.
  • AS mengeluarkan data akhir tentang KDNK S4 negara pada 26 Mac.

 

23 Mac. Kesan COVID-19 pada Honda dan NYSE

Honda akan menutup empat loji di AS ekoran permintaan yang lebih rendah untuk kereta yang berkaitan dengan keadaan wabak yang semakin buruk di negara ini. Namun, loji hanya akan ditutup selama 6 hari. Adakah itu bermaksud pengurus yang arif menjangkakan keadaan akan bertambah baik pada akhir bulan?


Bursa Saham New York akan beralih kepada perdagangan elektronik sejak 23 Mac untuk mencegah penyebaran jangkitan koronavirus dalam kalangan pekerja dan pelawatnya. Pakar menyatakan perubahan dalam format dagangan boleh menjejaskan turun naik.

 

24 Mac. Xiaomi Mengeluarkan Telefon Pintar Baharu

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar bajet Redmi K30, serta versi Redmi K30 Pro yang ditambah baik. Telefon pintar baharu itu tiada apa-apa yang akan mengejutkan pelanggan kecuali pemprosesnya yang kuat – mungkin itulah sebabnya ia disasarkan dalam pasaran domestik China.

 

25 Mac. AS dan China: Gencatan Senjata Diteruskan

Hari ini sepatutnya ialah tarikh akhir untuk harga bebas cukai bagi barangan China yang bernilai $34 bilion untuk rakyat AS. Tetapi Rumah Putih membuat keputusan untuk melanjutkan manfaat bebas cukai selama 12 bulan lagi pada 18 Mac. Dalam situasi semasa, persaingan yang diperbaharui antara ekonomi terbesar di dunia bukanlah idea terbaik.

 

27 Mac. Adakah Apple Akan Membuka Kedainya?

 Apple mungkin membuka semula kedai-kedainya di luar tanah besar China. Tim Cook, ketua pegawai eksekutif Apple, telah menetapkan tarikh akhir ini terdahulu. Ingatlah bahawa Apple telah menutup kedai runcitnya dengan cepat di banyak negara. Semua kedai Apple di Itali ditutup pada 12 Mac. Tetapi bilangan kes COVID-19 terus bertambah, yang mungkin mengakibatkan lanjutan kuarantin.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 20.07.2020–24.07.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Ramalan KDNK Brazil

Belanjawan Brazil untuk tahun 2020 menyediakan pertumbuhan KDNK yang agak kecil, serta inflasi...
Analysis

Berita Mingguan 26.08-30.08.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend, Analitik 15.10.2019

Hujung minggu lalu, presiden AS mengumumkan kemajuan besar dalam rundingan dengan China Berita itu menyokong sebut harga minyak Pemimpin Amerika itu juga mengatakan bahawa China...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.