Analysis

Berita Mingguan 24.02 — 28.02.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Minggu ini, pedagang akan menumpukan pada data KDNK ekonomi terbesar dunia, perbincangan politik tentang Libya dan perjumpaan antara Donald Trump dengan Perdana Menteri India.

 

Peristiwa Penting dalam Kalendar Ekonomi

● Jerman mengeluarkan Indeks Iklim Perniagaan IFOnya pada 24 Februari.

● Jerman mengeluarkan laporan KDNK S4 pada 25 Februari.

● AS mengeluarkan data terkini bagi Jualan Rumah Baharu pada 26 Februari.

● AS mengeluarkan data yang telah disemak semula bagi KDNK S4 pada 27 Februari.

● Kanada mengeluarkan laporan KDNKnya untuk Disember 2019 pada 28 Februari.

 

24 Februari Calon untuk jawatan Canselor Jerman. Perbincangan tentang Perjanjian AS-India

Pada 24 Februari, ketua parti CDU Annegret Kramp Karrenbauer akan mencadangkan pewaris untuk jawatannya. Kami mengingatkan anda bahawa sebelum ini beliau telah meninggalkan pencalonan Canselornya.


Presiden AS, Donald Trump akan membuat lawatan selama dua hari ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Narendra Modi untuk membincangkan terma perjanjian perdagangan antara kedua-dua negara. Sebelum ini, Trump telah menyatakan keyakinan terhadap hasil positif rundingan itu tetapi dia tidak menyebut tentang terma-terma perjanjian itu.

 

25 Februari Masa Depan Hubungan EU-UK

Pemimpin 27 negara EU akan mengundi untuk mengesahkan rancangan perundingan dengan Great Britain. Jika mereka meluluskan rancangan itu, London dan Brussels perlu menandatangani satu set perjanjian perkhidmatan kewangan menjelang akhir bulan Jun 2020.

 

27 Februari Ceramah tentang Libya

Forum tentang penyelesaian situasi di Libya akan diadakan di Geneva. Semasa persidangan baru-baru ini di Munich, pihak-pihak tidak membuat keputusan yang berkesan, menyebabkan mereka untuk meminta gencatan senjata. Walau bagaimanapun, pasukan Fil Marsyal Khalifa Haftar terus menembak, dan permusuhan di pelabuhan laut membahayakan eksport minyak.

 

27 Februari Rancangan antivirus Malaysia

Kerajaan Malaysia dijangka mengumumkan pakej rangsangan untuk menyokong ekonomi negara yang terjejas disebabkan penyebaran koronavirus COVID-19 di China. Rancangan kerajaan mencerminkan kesan wabak virus terhadap ekonomi seluruh rantau.

 

28 Februari Pompeo Bersaksi Memberi Keterangan Di Hadapan Kongres

Setiausaha Negara A.S., Mike Pompeo akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Dewan Perwakilan Luar Negeri. Beliau harus menjelaskan dasar Iran dan Iraq Presiden A.S. Beberapa ahli kongres tidak berpuas hati dengan serangan dron yang membunuh Jeneral Iran, Qassem Soleimani, yang mengakibatkan kemerosotan hubungan dengan Tehran.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.