Analysis

Berita Mingguan 25.05.2020-29.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Peristiwa penting minggu ini termasuk penyambungan semula penerbangan oleh syarikat penerbangan India, kemungkinan kegagalan wilayah terbesar Argentina, dan rancangan pemulihan tenaga bersih Eropah.

 

Kalendar Ekonomi

  • 25.05 08:00 GMT 🇩🇪Indeks Sentimen Perniagaan IFO— EUR/USD ▼
  • 26.05 14:00 GMT 🇺🇸Indeks Keyakinan Pengguna DP— EUR/USD ▼
  • 28.05 12:30 GMT 🇺🇸KDNK Q1 AS — EUR/USD ▲
  • 28.05 14:30 GMT 🇺🇸Rizab Minyak Mentah— USD/CAD ▲
  • 29.05 12:30 GMT 🇨🇦KDNK Q1 Kanada— USD/СAD ▲

 

Mei 25. India Menyambung Semula Penerbangan Domestik

Pada hari ini, India mula mengurangkan sekatan kuarantin bagi perjalanan udara domestik. Kira-kira satu pertiga daripada penerbangan tetap dapat disambung semula. AS dan Eropah sedang membincangkan langkah yang serupa. Syarikat penerbangan sedang mengalami kerugian besar: tanpa penyambungan segera operasi, sebahagian daripadanya akan muflis.

 

Mei 26. Pembukaan Semula NYSE. Buenos Aires Bertahan

Bursa Saham New York (NYSE) akan dibuka semula kepada sekumpulan broker kecil. Mereka akan dapat meneruskan pekerjaan mereka di medan perdagangan terbesar di dunia.


Pada hari ini, rundingan mengenai cadangan penstrukturan semula hutang di antara pihak berkuasa Buenos Aires (wilayah terbesar Argentina) dan para pelabur akan berakhir. Pakar percaya bahawa kemungkinan pengisytiharan mungkir akan menjadi tamparan paling kuat kepada ekonomi seluruh wilayah.

 

Mei 27. Pemulihan Tenaga Bersih di Kesatuan Eropah (EU)

Suruhanjaya Eropah akan menerbitkan draf mengenai pemulihan sektor tenaga bersih dari pandemik COVID-19. Khususnya, penjelasan akan diberikan mengenai bagaimana EU merancang untuk menyokong kawasan yang terjejas. EU dijangka untuk menyediakan sekitar €91 bilion setiap tahun sebagai jaminan geran dan pinjaman untuk projek ‘hijau’.

 

Mei 28. Ankara Memilih untuk Perjalanan Domestik

Turki membuka musim pelancongan domestiknya, yang ditunda sebelumnya disebabkan oleh pandemik COVID-19. Ekonomi negara terikat erat dengan industri perhotelan, maka tahun ini, republik mungkin tidak akan menerima jutaan dolar.

Sementara itu, indeks ekonomi negara mula memberi isyarat positif. Ia membawa kepada pengukuhan lira secara beransur-ansur.

 

Mei 29. Ujian Minyak bagi Pasaran AS

Jabatan Tenaga AS akan melaksanakan tender bagi pembelian 1 juta tong minyak daripada pengeluar kecil dan sederhana dari 27 Mei sehingga 29 Mei. Ia akan berfungsi sebagai ujian kepada keadaan semasa untuk perdagangan minyak, bukannya terbitan.

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 20.07.2020–24.07.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend, Analitik 06.11.2019

Iran telah berundur daripada beberapa komitmen di bawah perjanjian nuklear 2015 Presiden negara itu berkata langkah-langkah yang telah diambil oleh Iran boleh...
© 2014 - 2020 Olymp Trade Blog. All Rights Reserved.