Analysis

Berita Mingguan 30.03.2020–03.04.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade


Senarai peristiwa penting minggu ini termasuk perintah mahkamah terhadap token Gram, laporan KDNK UK dan kemungkinan pembatalan kuarantin di AS.

 

Peristiwa Penting dalam Kalendar Ekonomi

  • AS mengeluarkan laporan jualan perumahan belum selesai pada 30 Mac.
  • UK mengeluarkan data KDNK S4 pada 31 Mac.
  • AS mengeluarkan laporan pekerjaan sektor bukan pertanian ADP pada 1 April.
  • UK mengeluarkan indeks pengurus pembelian (PMI) Pembinaan pada 2 April.
  • AS mengeluarkan Gaji Sektor Bukan Pertanian pada 3 April.

 

30 Mac. Kemungkinan Pembatalan Kuarantin di AS

Pentadbiran AS akan memutuskan sama ada negara itu akan memansuhkan langkah kuarantin. Ingat kembali minggu lepas, Presiden Trump mengumumkan bahawa sekatan yang dikenakan sebelum ini boleh ditarik balik untuk menyokong ekonomi. Menurut data terkini, Presiden AS akan membatalkan arahan kuarantin sebelum Hari Easter.

Sementara itu, bilangan kes COVID-19 meningkat dengan mendadak di AS. Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata AS mungkin menjadi pusat pandemik yang baharu. Jumlah kes positif di AS telah mengatasi jumlah tersebut di Tanah Besar China pada hujung minggu lepas.

 

31 Mac. Ke putusan Akhir tentang Gram

Mahkamah Daerah AS untuk daerah Selatan New York akan membuat keputusan akhir tentang kes Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) terhadap token Gram. Terlebih dahulu, SEC telah menuntut agar mengiktiraf Gram Pavel Durov sebagai sekuriti.

Dalam injunksi awal yang dikeluarkan oleh Hakim AS Kevin Castel bersetuju dengan SEC. Jelas bahawa, Durov perlu mengembalikan dana pelabur dan nasib projek itu akan menjadi persoalan besar.

 

1 April. China Membuka Pasaran Kewangan

China akan menarik balik sekatan terhadap akses pelabur asing kepada pasaran modalnya. Langkah ini telah dipersetujui dalam bahagian pertama perjanjian perdagangan AS-China. Diingatkan semula bahawa inilah yang telah dituntut oleh Washington untuk sekian lama.

 

3 April. Kuarantin di Itali

Semua perniagaan tidak penting di Itali ditutup sehingga 3 April. Situasi epidemiologi terkini di negara itu agak sukar, dan tempoh kuarantin mungkin akan dilanjutkan.

Ingat kembali: Itali antara negara dengan kadar penularan COVID-19 dan kematian yang tertinggi.

Related posts
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.