Analysis

Berita, Trend & Analitik 13.08.2019

Jerman mungkin membuat keputusan untuk mengambil langkah baharu dengan ekonominya

Kadar Norway dijangka akan kekal buat masa ini, Ekonomi kedua terbesar sedia untuk bertukar kepada digital, & Itali merancang untuk mengurangkan hutangnya pada tahun 2020.

 

Berita

Menteri Kewangan Jerman, Olaf Scholz berkata pada hari Isnin semasa kenyataan media pendek bahawa Berlin boleh meneruskan kaedah perlindungan iklim yang lebih hebat. Katanya, beliau akan terus memperjuangkan matlamat kerajaan sepenuhnya untuk mencapai belanjawan seimbang. Mempengaruhi EUR


Bantahan yang semakin mengganas telah menyebabkan Hong Kong yang ditadbir oleh China terjunam ke dalam krisisnya yang paling serius sejak berdekad-dekad dan mendatangkan cabaran serius kepada Beijing. Justeru, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong telah membatalkan semua penerbangan yang belum didaftar masuk pada petang Isnin. Mempengaruhi Hang Seng


Dalam temu ramah dengan akhbar La Stampa, seorang jurucakap ekonomi berkata, parti pemerintah Itali, Lega Nord akan menetapkan sasaran defisit awam 2020 di bawah 3% daripada produk domestik kasar. Mempengaruhi EUR


Bank pusat China telah mengusahakan mata wang kriptonya sendiri sejak tahun 2014 dan mata wang digital diraja negara itu “hampir sedia” untuk dikeluarkan, kata seorang pegawai bank pusat senior. Mempengaruhi Bitcoin


Tinjauan Reuters untuk ahli ekonomi menunjukkan bank pusat Norway dijangka akan terus menahan kadar faedah pada 15 Ogos sambil mengisyaratkan bahawa akan berlaku kenaikan kemudian pada tahun ini di tengah-tengah pertumbuhan yang kukuh, inflasi melepasi sasaran dan kelemahan mata wang. Mempengaruhi NOK

 

Kalendar

08:30 GMT

Tuntutan Faedah Pengangguran British untuk bulan Julai akan dikeluarkan. Tuntutan Faedah Pengangguran mengukur perubahan jumlah orang yang menganggur di U.K. untuk tahun yang dilaporkan. Mempengaruhi GBP.


09:00 GMT

Sentimen Ekonomi ZEW Jerman untuk bulan Ogos akan diterbitkan. Indeks Sentimen Ekonomi ZEW Jerman mengukur prospek ekonomi selama enam bulan. Mempengaruhi EUR.


12:30 GMT

CPI Dasar A.S. (MoM) untuk bulan Julai akan dilaporkan. Indeks Harga Pengguna Dasar (CPI) mengukur perubahan dalam harga barangan dan perkhidmatan, tidak termasuk makanan dan tenaga. Mempengaruhi USD.

 

Analisis teknikal

EUR/USD

Ekonomi Jerman boleh bertindak sebagai tempat yang boleh dipercayai untuk pelaburan, sementara AS dan China sedang dalam konflik berhubung isu perdagangan. Menteri Kewangan Jerman telah memberi bayangan keputusan penting.

Aset mungkin bertumbuh kepada 1.14000. Corak Segi Tiga telah terbentuk, maka trend menaik akan bermula tidak lama lagi.

USD/CHF

Tahap 0.97000 masih menyokong sebut harga, oleh itu, aset mungkin berbalik lagi.

Bitcoin

“Emas” digital tidak mempunyai apa-apa syarat positif untuk pertumbuhan. Aset mungkin berkurang kepada garisan bawah saluran.

 

EUR/USD pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 13 Ogos telah menjadi hari perdagangan sebanyak 13 kali.
  • Pada 53% daripada hari-hari tersebut, aset berakhir dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 1.03%.
  • Arah aliran menurun adalah terhad kepada 0.6%.

Related posts

WordPress Theme built by Shufflehound.
© 2014 - 2019 Olymp Trade. All Rights Reserved.