Analysis

Berita, Trend & Analisis 03.04.2020

Sudahkah pasaran minyak berada di bawah?

Hari ini, fokus adalah pada data yang membimbangkan daripada pasaran buruh Amerika Syarikat, rancangan Boeing, serta kenaikan harga minyak yang mendadak.

 

Berita

Rusia dan Arab Saudi mungkin memulakan perbincangan tentang krisis dalam pasaran minyak. Mempengaruhi Brent


Pelabur sedang menunggu data yang membimbangkan dalam laporan hari ini tentang pekerjaan yang dicipta di luar sektor pertanian AS. Mempengaruhi USD


Agensi Tenaga Antarabangsa menjangkakan krisis minyak merebak ke bahagian sektor tenaga yang lain. Mempengaruhi Gas Semula Jadi


Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire, meminta mekanisme baharu untuk merangsang ekonomi. Mempengaruhi EUR


Boeing menawarkan peluang kepada pekerja untuk meletakkan jawatan secara sukarela dan menerima pampasan. Mempengaruhi Boeing

 

Kalendar

08:30 GMT

Indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan UK akan dikeluarkan. Ramalan indeks ialah 34.8 mata. Sekiranya data sebenar adalah lebih rendah, GBP akan mengalami tekanan.


12:30 GMT

Laporan akan diterbitkan tentang perubahan bilangan pekerja sektor bukan pertanian di Amerika Syarikat. Pengurangan dijangka sebanyak 100 ribu. Sekiranya data adalah lebih rendah, USD akan menerima pemacu negatif yang kuat.


14:30 GMT

Indeks pengurus pemerolehan yang dikemas kini untuk sektor bukan pembuatan AS daripada ISM akan dikeluarkan. Ramalan: jatuh kepada 44 mata. Jika penunjuk adalah lebih rendah, USD mungkin mula menurun.

 

Analisis Teknikal

Brent

Kenyataan oleh presiden Amerika tentang kemungkinan penyambungan semula perbincangan antara Rusia dengan Arab Saudi menyebabkan kenaikan mendadak dalam harga minyak. Tidak lama kemudian, maklumat menunjukkan bahawa Rusia tidak merancang untuk meningkatkan jumlah semasa pengekstrakan bahan mentah.

Carta aset berbentuk seperti corak dasar berganda. Bull akan diaktifkan jika sebut harga mencapai tahap 28.60.

NTA 03.04- MS_0

Bitcoin

Carta mata wang kripto membentuk rajah “segi tiga”, berbanding dengan latar belakang trend menurun global yang mungkin menunjukkan niat pedagang untuk meneruskan jualan.

NTA 03.04- MS_0

GBP/AUD

Aset boleh memecahkan tahap rintangan yang kukuh sebanyak 2.07500, yang kemungkinan besar akan mengubah trend secara mendadak.

NTA 03.04- MS_0

GBP/AUD pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 3 April telah menjadi hari perdagangan sebanyak 14 kali.
  • Pada 73% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri perdagangan dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 0.82%.
  • Trend menurun terhad pada 0.66%.
Related posts
Analysis

Berita Mingguan 03.02 — 07.02.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita Mingguan 20.04.2020-24.04.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita Mingguan 30.03.2020–03.04.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 05.12.2019

Lebih dari sehari yang lalu, Donald Trump mengumumkan bahawa perjanjian perdagangan mungkin ditamatkan selepas pilihan raya presiden 2020 Kemudian, beberapa sumber bercakap dengan...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.