Analysis

Berita, Trend & Analitik 04.02.2020

Great Britain telah meninggalkan EU

Hari ini, tumpuan ialah pada rancangan OPEC untuk mengurangkan isi padu pengeluaran lagi, pengukuhan semula tentera Turki di Syria serta kehidupan baharu Britain.

 

Berita

Great Britain telah meninggalkan EU. Mempengaruhi FTSE 100


Negara-negara OPEC merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 500 ribu tong setiap hari. Mempengaruhi Brent


Turki membalas serangan terhadap pasukan kerajaan Syria. Mempengaruhi TRY


Selepas cuti Tahun Baharu, saham China dibuka dengan kejatuhan mendadak. Mempengaruhi Hang Seng


Aktiviti perniagaan bertumbuh di Perancis dan Jerman. Mempengaruhi EUR

 

 

Kalendar

09:30 GMT

PMI Pembinaan UK – indeks aktiviti perniagaan dalam bahagian pembinaan akan diterbitkan. Keputusan di atas 46.6 akan memberi kesan positif kepada dinamik GBP.


21:45 GMT

Laporan Perubahan Pekerjaan di New Zealand untuk suku keempat 2019 akan dikeluarkan. Kadar pertumbuhan yang dijangkakan ialah 0.4%. Sekiranya ia lebih rendah, NZD mungkin menurun.

 

Analisis Teknikal

GBP/USD

Britain meninggalkan EU sejam sebelum tengah malam pada 31 Januari. Kini, negara itu perlu memulihkan hubungan perdagangan luar negara, termasuk dengan EU. Dalam keadaan ini, beberapa syarikat besar memilih untuk memindahkan ibu pejabat mereka dari UK, tetapi pakar tidak menjangkakan masalah serius untuk London.

GBP/USD menunjukkan tanda-tanda corak “segi tiga mengembang”. Atas sebab ini, dalam masa terdekat, kita boleh menjangkakan penurunan kepada sekurang-kurangnya 1.29800. Pada masa yang sama, trend menurun mungkin berterusan.

USD/RUB

Penyambungan trend bull untuk USD/RUB dapat dijangka kerana tahap 63.25 Fibonacci.

USD/NOK

USD/NOK memecahkan tahap rintangan penting 9.23, jadi trend menaik boleh berterusan.

 

USD/NOK pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 4 Feb. telah menjadi hari perdagangan sebanyak 15 kali.
  • Pada 53% daripada hari-hari tersebut, aset berakhir dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 1.91%.
  • Trend menurun terhad pada 2.31%.
Related posts
Analysis

Berita mingguan 19-23.08.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.