Hari ini, pedagang akan memberi tumpuan pada permulaan tempoh pilihan raya, perjanjian A.S.-China dan kejayaan BMW.
Berita
UK secara rasminya melancarkan kempen pilihan raya. Mempengaruhi GBP
EU dan China bersetuju melindungi 200 item barangan dalam kawasan satu sama lain. Mempengaruhi EUR
Keuntungan S3 BMW meningkat 33%. Mempengaruhi BMW
Tesla bercadang untuk menggandakan bilangan kedai pembaikan dan penyelenggaraan di China. Mempengaruhi Tesla
Jualan runcit telah meningkat di EU: hasilnya ialah 3.5% berbanding ramalan 2.5%. Mempengaruhi EUR
Kalendar
12:00 GMT
Bank of England membuat keputusan kadar faedah. Kadar dijangka kekal di tahap sama iaitu 0.75%. Gabenor Bank tersebut, Mark Carney akan mengulas tentang keadaan ekonomi pada 12:30 GMT. Kedua-dua peristiwa mungkin menyebabkan peningkatan turun naik GBP.
Analisis teknikal
BMW
Saham pengeluar kenderaan gergasi itu rugi lebih 40% daripada nilai maksimum mereka tetapi hasil S3 syarikat itu meningkat sehingga 33%. Hasil yang dicapai ini adalah disebabkan jualan SUV yang lebih mantap dan juga ketiadaan faktor sekali saja.
Sekiranya harga saham melepasi 73.10, ia akan membuka jalan ke 77.60.
Emas
Kedudukan aset ini memberikan peluang hebat untuk pembelian. Tahap 1480,00 telah berulang kali menjadi rintangan. Corak ini mungkin terjadi lagi.
NZD/USD
Aset ini di bawah tekanan penyimpangan bearis, yang berlaku pada rangka masa setiap hari. Corak “double top” merupakan satu lagi isyarat pendek.
NZD/USD pada hari ini dalam sejarah
- Sejak tahun 2000, 7 November telah menjadi hari perdagangan sebanyak 15 kali.
- Pada 53% daripada hari-hari tersebut, aset berakhir dengan pertumbuhan.
- Julat pengukuhan maksimum ialah 1.71%.
- Penurunan trend dihadkan pada 1.03%.
Amaran risiko: