Stay connected

Analysis

Berita, Trend & Analitik 08.08.2019

Turki tidak membatalkan rancangan untuk mendapatkan bahan mentah di Mediterranean Timur

Presiden Trump meletakkan lebih banyak tekanan pada pihak Persekutuan, Harga mungkin meningkat di China untuk Tesla & Turki kekal tidak berganjak dari pinggir laut Cyprus.

 

Berita

Presiden A.S. Donald Trump menggesa Rizab Persekutuan A.S. untuk memotong kadar dengan “lebih besar dan cepat” supaya Amerika Syarikat dapat bersaing dengan negara lain kerana banyak bank di seluruh dunia telah menurunkan kadar mereka. Mempengaruhi USD


Presiden Iran, Hassan Rouhani yang menafikan laporan media ketika pemimpin Eropah mencari jalan untuk meredakan konfrontasi yang bergolak antara Tehran dengan Washington, tidak dijemput ke persidangan G7 bulan ini. Mempengaruhi Brent


Ketika kedua-dua syarikat berjanji untuk meneruskan rancangan membangunkan kereta elektrik kos rendah, syarikat Great Wall Motor China berkata pada hari Rabu bahawa usaha samanya dengan BMW  berdepan dengan ketidakpastian kawal selia. Mempengaruhi BMW


Ketika pertikaian tentang sumber semula jadi di Mediterranean Timur menimbulkan ketegangan antara Ankara dengan Cyprus, dua buah kapal gerudi Turki meneruskan operasi di Mediterranean timur dan sebuah lagi kapal akan menyertainya bulan ini, kata Menteri Tenaga, Fatih Donmez. Mempengaruhi TRY


Tesla Inc mempertimbangkan untuk menaikkan harganya di China sebagai tindak balas kepada ketidakpastian berkaitan Yuan, kata dua orang yang biasa dengan perkara itu. Mempengaruhi Tesla

 

Kalendar

23:50 GMT

KDNK Jepun (QoQ) daripada Q2 akan diterbitkan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengukur perubahan tahunan dalam nilai laras inflasi semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh ekonomi. Mempengaruhi JPY.

 

Analisis teknikal

USD/TRY

Perasaan tidak puas hati pihak berkuasa EU masih tidak memberikan kesan kepada pihak Turki. Turki masih terus mengekstrak mineral di perairan Cyprus. Media melaporkan bahawa skuadron kapal penjelajahan geologi di negara itu akan ditambah sebelum penghujung bulan Ogos.

 

Walaupun dalam keadaan ini, laluan Lira mengukuh dengan pesat. Presiden Erdogan berjaya mengelak daripada menyetujui pembelian sistem peluru berpandu Rusia, jadi pelabur membuat keputusan untuk menjual USD/TRY.

GBP/AUD

Aset ini telah ditetapkan di atas tahap rintangan 1.80000, jadi trend mungkin akan terus menaik.

USD/CHF

Pasangan mata wang mungkin menerima sokongan pada 0.97000. Walaupun detik positif mungkin akan tiba untuk dolar AS.

 

USD/CHF pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 8 Ogos telah menjadi hari perdagangan sebanyak 14 kali.
  • Pada 38.5% daripada hari-hari tersebut, aset berakhir dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 0.72%.
  • Trend ke bawah adalah terhad kepada 1.53%.

Related posts

© 2014 - 2019 Olymp Trade. All Rights Reserved.