Analysis

Berita, Trend & Analitik 18.10.2019

Boris Johnson berjaya

China sedang berusaha untuk mengakhiri perang perdagangan, Tesla sedang kembali ke tempat asal, PM Johnson semakin hampir dengan Brexit yang lancar.

 

Berita

Britain meraih perjanjian Brexit dengan EU pada saat-saat akhir pada hari Khamis, selepas lebih daripada tiga tahun kegawatan, tetapi Perdana Menteri Boris Johnson masih menang tipis dalam undian di parlimen untuk mendapatkan kelulusan. Mempengaruhi GBP


Dalam misi untuk meyakinkannya supaya menghentikan serangan terhadap pejuang Kurdistan di timur laut Syria, Naib Presiden A.S., Mike Pence bertemu dengan Presiden Tayyip Erdogan di Turki pada hari Khamis, tetapi Turki berkata secara rasmi tindakan tersebut akan diteruskan juga. Mempengaruhi TRY


Pengarah Bank Pusat Eropah, Benoit Coeure berkata dalam temu ramah, pengawal selia kewangan global tidak merancang untuk mengharamkan Libra Facebook atau stablecoin yang lain, tetapi token digital yang disandari oleh mata wang rasmi ini mesti memenuhi standard pengawalseliaan tertinggi. Mempengaruhi Facebook


Tesla Inc akan mula memasang bateri penyimpanan kuasa rumah Powerwall keluarannya di Jepun pada musim bunga seterusnya yang menandakan kemunculan buat kali pertama produk tersebut di Asia. Mempengaruhi Tesla


Menteri Perdagangan berkata pada hari Khamis, China berharap untuk mencapai perjanjian berperingkat dalam pertikaian perdagangan yang berlarutan dengan Amerika Syarikat dan membatalkan tarif secepat mungkin, sambil menambah bahawa perang perdagangan tidak mempunyai pemenang. Mempengaruhi S&P500

 

Kalendar

Satu Mesyuarat OPEC akan berlangsung. Mesyuarat OPEC dihadiri oleh wakil daripada 13 negara yang kaya minyak. Mempengaruhi Brent.

 

Analisis teknikal

FTSE 100

Berita tentang perjanjian Brexit memberikan kesan positif pada bursa saham Eropah. Walau bagaimanapun, ia masih boleh berubah jika Parlimen British menolak draf perjanjian.

Walau bagaimanapun, sebut harga mungkin terus berkembang sehingga 7280, iaitu melebihi tahap Fibonacci.

Litecoin

Harga kripto ini menghampiri tahap rintangannya dan mungkin akan membalik ke bawah bukannya menembusi garisan.

EUR/NZD

Graf berubah daripada tahap rintangan. Pembetulan ke bawah mungkin terus ke 1.74000.

 

EUR/NZD pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 18 Oktober telah menjadi hari perdagangan sebanyak 14 kali.
  • Pada 50% daripada hari-hari tersebut, aset berakhir dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 0.54%
  • Trend ke bawah dihadkan kepada 1.68%.
Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analisis 3.06.2020

Sebut harga emas hitam mengemas kini maksimum tempatan Berkenaan harga semasa, pedagang menjangkakan kemungkinan penyambungan perjanjian...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 10.07.2020

Pihak berkuasa China marah dengan keputusan Australia untuk memberikan visa jangka panjang kepada penduduk Hong Kong dan mengancam akan melakukan...
Analysis

Berita, Trend & Analisis 01.09.2020

Pegawai persekutuan mempunyai pandangan sebulat suara tentang kadar faedah — pengawal selia kelihatan tidak mungkin mengubah kadar untuk jangka masa yang...
Analysis

Berita Mingguan 01.07-05.07.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
© 2014 - 2020 Olymp Trade Blog. All Rights Reserved.