Analysis

Berita, Trend & Analitik 24.10.2019

Kemungkinan penundaan Brexit semakin besar

Penundaan Brexit telah diminta, OPEC mengalami beberapa pengunduran, & pakej rangsangan ECB yang diilhamkan Draghi menimbulkan tanda tanya.

 

Berita

Para pemimpin EU akan mempertimbangkan permintaan penundaan Brexit Britain dan berkemungkinan akan bergerak cepat untuk melanjutkan tarikh akhir 31 Okt., sementara pegawai rasmi menjangkakan penangguhan tiga bulan yang boleh dipendekken sekiranya Britain meluluskan undang-undang lebih cepat. Mempengaruhi GBP


Ketua eksekutif Facebook Inc., Mark Zuckerberg akan dipersoalkan oleh pembuat undang-undang tentang rancangan syarikat itu untuk melancarkan mata wang digital dan usaha untuk menghalang campur tangan pilihan raya luar negara apabila beliau muncul di hadapan panel Kongres pada hari Rabu. Mempengaruhi Facebook


Badan perundangan Hong Kong pada hari Rabu secara rasminya menarik balik undang-undang yang dirancang yang boleh membenarkan penyerahan balik ke tanah besar China, tetapi tindakan itu nampaknya tidak akan menghentikan pergolakan berbulan-bulan kerana ia hanya memenuhi satu daripada lima tuntutan penunjuk perasaan pro-demokrasi. Mempengaruhi Hang Seng


CEO Lukoil, Vagit Alekperov berkata beliau menentang apa-apa perubahan perjanjian global tentang pengekangan bekalan minyak antara OPEC+ dengan sekutunya, lapor agensi berita RIA Novosti Rusia pada hari Rabu. Mempengaruhi Brent


Kakitangan Bank Pusat Eropah menyokong dasar rangsangan agresif Mario Draghi tetapi tidak menyukai persepsi bahawa beliau bergantung pada “kabinet dapur” dan membenarkan pilih kasih di institusi itu. Mempengaruhi EUR

 

Kalendar

11:45 GMT

Keputusan Kadar Faedah ECB untuk bulan Oktober akan diumumkan. Enam ahli Lembaga Eksekutif Bank Pusat Eropah (ECB) dan 16 gabenor bank pusat kawasan Eropah mengundi tempat menetapkan kadar. Mempengaruhi EUR.


12:30 GMT

Sidang Media ECB akan diadakan. Sidang Media Bank Pusat Eropah (ECB) diadakan secara bulanan, kira-kira 45 minit selepas Kadar Bidaan Minimum diumumkan. Mempengaruhi EUR.


14:00 GMT

Jualan Rumah Baharu A.S. untuk bulan September akan dikeluarkan. Penjualan Rumah Baharu mengukur bilangan rumah tunggal-keluarga yang dijual pada bulan sebelumnya secara tahunan. Mempengaruhi USD.

 

Analisis teknikal

GBP/USD

Selepas parlimen United Kingdom tidak dapat meluluskan perjanjian Brexit sebelum 19 Oktober, satu surat yang meminta penundaan telah dihantar kepada Brussels. Walaupun Perdana Menteri Britain tidak bersetuju dengannya, ketua Parlimen Eropah boleh membenarkan penundaan sehingga 31 Januari.

Carta aset melepasi tahap sokongan ke atas, yang mengaktifkan kemungkinan bear pedagang.

EUR/AUD

Aset sedang didagangkan di bawah saluran. Sabut harga berkemungkinan besar akan menaik lebih tinggi daripada garisan sokongan.

Bitcoin

Mata wang kripto ini telah rugi lebih daripada 7% dalam beberapa hari baru-baru ini. Trend boleh terus menurun ke 7300 dan ke bawah.

 

EUR/AUD pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 24 Oktober telah menjadi hari perdagangan sebanyak 15 kali.
  • Pada 33% daripada hari-hari tersebut, aset berakhir dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 5.15%
  • Trend ke bawah terhad kepada 0.95%.
Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 10.04.2020

Ketua IMF mengatakan bahawa kejadian dunia ini menyebabkan krisis paling teruk sejak Zaman Meleset di Amerika Syarikat Mungkinkah keadaan bertambah...
Analysis

Berita, Trend & Analisis 09.08.2019

Selepas kejatuhan besar dalam harga minyak, negara pengeksport minyak (OPEC) dijangka mengurangkan jumlah pengeluaran Sekiranya ini tidak berlaku, harga boleh jatuh...
Analysis

Berita, Trend & Analitik 04.09.2019

Minyak menerima rangsangan negatif disebabkan oleh kurangnya kemajuan dalam rundingan antara AS dengan China, serta peningkatan pengeluaran minyak oleh negara-negara...
Analysis

Berita Mingguan 03.06-07.06.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
© 2014 - 2020 Olymp Trade Blog. All Rights Reserved.