Analysis

Berita, Trend & Analitis 02.09.2021

Cip Daripada Google

Hari ini tumpuan ialah pada Boeing yang kehilangan satu pelanggan utama kepada Airbus, Exxon Mobil memperkenalkan projek diesel boleh diperbaharui dan Amazon mendedahkan rancangan pengambilan pekerja yang bercita-cita.

 

Kalendar

12:30 UTC

Tuntutan Pengangguran Awal Amerika Syarikat akan diumumkan. Ramalan: 345 ribu. Jika data lebih tinggi daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, USD/CAD, USD/JPY

 

Berita

Data senarai gaji swasta tidak mencapai anggaran, mempengaruhi semangat pelabur tentang hasil ekonomi yang positif. Mempengaruhi Dow Jones


Menurut laporan, Google merancang untuk mengilang dan menggunakan cip komputer sendiri, serupa dengan Apple, untuk mengatasi masalah kekurangan cip global. Mempengaruhi Google


Amazon meneruskan pengembangannya, apabila syarikat ini mendedahkan rancangan untuk mengambil lebih daripada 40,000 pekerja di Amerika Syarikat. Mempengaruhi Amazon


Exxon Mobil memperkenalkan EMRD, satu proses yang menapis stok suapan boleh diperbaharui kepada minyak diesel, membolehkan syarikat menjadi lebih mesra alam. Mempengaruhi Exxon Mobil


Boeing telah kehilangan pelanggan lama mereka iaitu syarikat penerbangan riadah British Jet2.com yang berpaling kepada Airbus. Mempengaruhi Boeing

 

Analisis Teknikal

Boeing

Boeing terjejas teruk kerana pandemik, bahkan pembukaan semula sebahagian dunia masih belum memulihkan mereka daripada kerugian. Oleh itu, berita terkini yang syarikat ini akan kehilangan pelanggan lamanya dan kegagalan untuk merundingkan harga untuk kontrak Ryanair menjatuhkan harga saham.

Saham syarikat sedang bergerak dalam saluran harga yang semakin sempit, dengan kemungkinan tinggi penembusan ke arah bawah.

USD/JPY

Pasangan ini sedang naik selepas pantulan kuat daripada tahap sokongan.

Dow Jones

Indeks ini sedang turun dengan ketara dan tiada tanda-tanda kebalikan trend.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 04.09.2019

Minyak menerima rangsangan negatif disebabkan oleh kurangnya kemajuan dalam rundingan antara AS dengan China, serta peningkatan pengeluaran minyak oleh negara-negara OPEC.