Hari ini tumpuan adalah pada pengangguran di Sepanyol, Tesla di India dan keazaman Jerman.
Kalendar
9:30 UTC
PMI Komposit UK akan disiarkan. Ramalan: 49.8. Jika keputusan lebih tinggi daripada yang dijangka, GBP mungkin menerima dorongan positif.
Aset untuk didagangkan: GBP/USD, GBP/NOK, GBP/CHF
13:15 UTC
Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan ADP A.S. untuk Februari akan dilaporkan. Ramalan: 177K. Jika data lebih rendah daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan negatif.
Aset untuk didagangkan: USD/JPY, USD/NZD, USD/CAD
15:30 UTC
Inventori Minyak Mentah A.S. akan diumumkan. Ramalan: -1.850J. Jika jumlah dalam simpanan lebih tinggi daripada yang dijangka harga Minyak mungkin turun.
Aset untuk didagangkan: Brent, Exxon Mobil, Chevron
Berita
Bilangan penggangur di Sepanyol meningkat dan mencecah lebih 4 juta untuk pertama kali sejak lima tahun pada bulan Februari. Mempengaruhi EUR
Eksport Jerman ke United Kingdom berkurang sebanyak 30% pada bulan Januari kerana kesan Brexit yang menoleh ekonomi terbesar Eropah daripada UK. Mempengaruhi GBP
India bersedia untuk menawarkan insentif bagi memastikan kos pengeluaran Teslo adalah lebih rendah berbanding China jika pengeluar kereta ini memberi komitmen untuk menghasilkan kenderaan elektriknya di negara selatan Asia ini. Mempengaruhi Tesla
Jerman merancang untuk melanjutkan perintah berkurung coronavirus sehingga 28 Mac sambil mengurangkan beberapa sekatan dari minggu depan. Mempengaruhi DAX
Merck & Co Inc akan membantu menghasilkan vaksin satu suntikan COVID-19 pesaingnya, Johnson & Johnson’s. Mempengaruhi Johnson & Johnson
Analisis Teknikal
DAX
Indeks Jerman utama menunjukkan kenaikan harga sejak pengumuman output pengeluaran. Walaupun berkontras dengan pengurangan eksport ke UK, pesanan dari Asia, Eropah dan A.S. nampaknya telah mengimbangi kesan Brexit.
Carta menunjukkan ujian harga tinggi dua minggu sekitar 14090.
S&P 500
Harga adalah dalam trend turun perlahan dan menguji aras rintangan sekitar 3900, dan berkemungkinan turun lagi.
Perak
Logam berharga ini mengalami trend turun, walaupun menguji garisan rintangan menurun yang kuat, ia berkemungkinan terus menurun.