Analysis

Berita, Trend & Analitis 04.05.2021

Pasaran Eropah Meningkat

Hari ini tumpuan ialah pada ujian untuk dolar A.S. digital, saham Eropah meningkat dan pemulihan perjalanan udara.

 

Kalendar

8:30 UTC

Indeks Pengurus Pembelian Pengilangan U.K akan dikeluarkan. Ramalan: 60.7. Jika data lebih rendah daripada ramalan, GBP mungkin dipengaruhi secara negatif.

Aset untuk didagangkan: GBP/JPY, EUR/GBP, GBP/CHF


22:45 UTC

Laporan suku tahunan Perubahan Pekerjaan New Zealand akan dikeluarkan. Ramalan: 0.2%. Jika data lebih rendah daripada ramalan, NZD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/NZD, AUD/NZD, NZD/JPY

 

Berita

Beberapa syarikat aeroangkasa meramal keuntungan dengan pelancaran pemvaksinan yang membantu memulihkan perjalanan udara. Mempengaruhi Boeing


Projek Dolar Digital bukan keuntungan A.S. telah mengumumkan lima program perintis untuk menguji potensi penggunaan mata wang digital A.S. Mempengaruhi Bitcoin


Pasaran saham Eropah meningkat kerana pelabur menjangka pemulihan kuat daripada pasaran global minggu ini. Mempengaruhi EURO STOXX 50


Syarikat besar industri automobil, BMW dan Ford mendahului pusingan pelaburan bernilai $130 juta dalam syarikat muda bateri Solid Power, bagi mengurangkan kos kenderaan elektrik. Mempengaruhi Tesla


Selepas satu minggu berpendapatan tinggi, indeks utama A.S. dibuka tinggi minggu ini, kerana pelabur menantikan data untuk mengukur kadar pemulihan ekonomi negara tersebut. Mempengaruhi Dow Jones

 

Analisis Teknikal

Euro STOXX 50

Sementara pihak kerajaan A.S. merangsang ekonominya dan memulihkan dagangan antarabangsa sekali lagi, pasaran Eropah mula menaik, dengan harapan pelabur yang menjangka lebih banyak berita baik pada masa akan datang.

Indeks mencapai tahap sokongan selepas penurunan dan mungkin melantun kembali apabila dagangan dibuka.

Gold

Sementara emas mencapai ketinggian baharu, jangkakan ia untuk mencapai tahap rintangan baharu dan mula merosot.

AUD/NZD

Pasangan ini menunjukkan tanda-tanda pembentukan saluran harga baharu, oleh itu jangkakan pergerakan sisi ke sisi antara tahap 1.0755 dan 1.0790.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 06.08.2020

Penurunan inventori minyak mentah AS menjadi pemacu utama pengukuhan sebut harga. Walau bagaimanapun, situasi berkenaan COVID-19 masih membimbangkan.
Analysis

Berita Mingguan 03.02 — 07.02.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...