Analysis

Berita, Trend & Analitis 07.05.2020

Sebab anda tidak patut menunggu kenaikan harga minyak

Hari ini, tumpuan adalah pada pertikaian tindakan ECB oleh mahkamah Jerman, BMW menjangka pengurangan permintaan serta keadaan dalam pasaran minyak.

 

Berita

Mahkamah Perlembagaan Jerman tidak bersetuju dengan tindakan ECB. Mempengaruhi EUR


Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menggelar ekonomi negara itu sebagai “tempat perlindungan selamat” untuk pelabur. Mempengaruhi NZD


BMW menurunkan ramalan keuntungannya untuk 2020 di tengah-tengah penurunan permintaan. Mempengaruhi BMW


Pesuruhjaya Eropah berjanji untuk membentang rancangan pemulihan ekonomi EU pada minggu akan datang. Mempengaruhi EUR


Timbalan Menteri Tenaga Rusia, Pavel Sorokin tidak menjangka pemulihan cepat pasaran minyak tetapi mengakui gelombang baharu krisis. Mempengaruhi Brent

 

Kalendar

11:00 GMT

Minit mesyuarat dasar kewangan Bank of England akan diterbitkan. Peristiwa ini mungkin mencetuskan peningkatan dalam turun naik GBP.


12:30 GMT

Akan terdapat laporan bagi bilangan permohonan awal untuk manfaat pengangguran di Amerika Syarikat. Ramalan: pertumbuhan sebanyak 3 juta. Jika data sebenar lebih rendah, USD akan berada di bawah tekanan.


14:00 GMT

Indeks Aktiviti Perniagaan Kanada yang disediakan oleh Ivey akan dikeluarkan. Jangkaan ialah 25 mata. Jika jumlah melebihi ramalan, CAD boleh menjadi kuat.

 

Analisis Teknikal

Brent

Selepas beberapa siri kejutan tidak menyenangkan, sektor minyak akhirnya berjaya menjadi stabil. Sebut harga Brent melebihi tahap psikologi 30, sejak 1 Mei, perjanjian pihak OPEC+ sepatutnya sudah bermula untuk mengurangkan isi padu pengeluaran. Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Rusia, Pavel Sorokin berkata, sektor itu mungkin tidak menjangka pemulihan segera. Selain itu, terdapat risiko gelombang krisis kedua. Pegawai Rusia itu tidak mengetepikan permulaan konfrontasi aktif antara Amerika Syarikat dengan China.

Sementara itu, carta bahan mentah Brent memberikan isyarat bearis. Pertama, aset telah mencapai tahap rintangan ke bawah. Kedua, MACD menunjukkan penyimpangan bearis.

NTA 07.05 - MS_0

Indeks dolar asas

Terdapat kemungkinan tinggi pengulangan senario penurunan dalam saluran yang menyempit. Matlamat pembetulan ke bawah ialah tahap 98.50.

NTA 07.05 - MS_0

NZD/JPY

Pedagang masih boleh menunjukkan tindak balas terhadap kenyataan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, yang menekankan kestabilan ekonomi negara itu pada hari Rabu. Sememangnya data baru-baru ini merekodkan peningkatan dalam pekerjaan, walaupun realitinya sekarang terdapat kenaikan bilangan penganggur di seluruh dunia.

Carta pasangan mata wang ini menunjukkan rendah menaik, yang merupakan ciri pembalikan trend.

NTA 07.05 - MS_0

 

NZD/JPY pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 7 Mei telah menjadi hari perdagangan sebanyak 14 kali.
  • Pada 43% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri perdagangan dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 2.43%.
  • Trend menurun terhad pada 2.24%.
Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 05.02.2020

Bak Rizab Australia mengekalkan kadarnya semalam, sementara ketua jabatan, Philip Lowe, mengekalkan pandangan positif terhadap rentak pertumbuhan...
Analysis

Berita Mingguan 30.09-04.10.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.