Analysis

Berita, Trend & Analitis 09.07.2021

Kenaikan Harga Perumahan di EU

Hari ini tumpuan ialah pada data pekerjaan Kana, ucapan daripada Gabenor Bank of England, Andrew Bailey dan persidangan Perjumpaan G20.

 

Kalendar

10:00 UTC

Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde, akan berucap. Jika beliau berkongsi pandangan ekonomi optimistik untuk EU, EUR mungkin menaik.

Aset untuk didagangkan: EUR/GBP, EUR/USD, EUR/JPY


10:00 UTC

Gabenor Bank of England, Andrew Bailey, berucap. Nuansa ‘Hawkish’ dalam maklumat yang diberikan mungkin mendorong GBP.

Aset untuk didagangkan: EUR/GBP, GBP/USD, GBP/AUD


12:30 UTC

Perubahan Pekerjaan Kanada akan diterbitkan. Ramalan: 195.0 ribu. Jika angka sebenar lebih tinggi daripada ramalan, CAD akan menerima rangsangan.

Aset untuk didagangkan: EUR/GBP, EUR/USD, EUR/JPY

 

Berita

Harga perumahan di EU dilaporkan meningkat sebanyak 6.1% pada suku tahun pertama 2021 berbanding tempoh sama pada 2020. Itu adalah kadar pertumbuhan paling laju sejak 14 tahun yang lalu. Mempengaruhi EUR


Khamis lalu, ECB berkata akan menyertakan pertimbangan perubahan iklim dalam dasar monetari dan akan melaraskan inflasi melebihi sasaran 2% sebelum ini jika lompatan itu nampaknya sementara. Mempengaruhi EUR


Rizab Persekutuan A.S. menasihatkan bahawa ia belum lagi akan menamatkan dasar kewangan sokongan, tetapi mungkin hampir berakhir. Mempengaruhi USD


Di A.S., 36 negeri telah menyaman Google tentang dakwaan salah guna kuasa oleh syarikat teknologi tersebut terhadap developer di Google Play store. Mempengaruhi Google


Visa mengesahkan yang ia membenarkan pemegang kad untuk membuat bayaran kripto kepada lebih 70 juga kedai secara global. Namun, kedai itu akan menerima bayaran dalam mata wang biasa. Mempengaruhi BTC

 

Analisis Teknikal

Brent

Pergolakan dalaman OPEC menjadi ancaman terhadap kestabilan harga minyak. Tidak lama dahulu, Brent kira-kira pada harga $ 78. Selepas beberapa siri sesi yang hanya menunjukkan pertikaian di kalangan anggota negara OPEC, Brent kini berada pada $73.

Secara teknikal, harga minyak kini menguji sempadan bawah trend naik yang telah berada di sana selama empat bulan. Jika ia jatuh lebih lagi, trend ini mungkin dianggap tidak sah.

FTSE 100

FTSE jatuh sedikit di bawah sokongan psikologi 7,000. Jika ia tidak pulih tidak lama lag, indeks ini boleh dianggap akan menghadapi penurunan jangka pendek.

Gold

Harga emas menaik sekali lagi. Jika berita bulls berterusan, 1,850 mungkin sasaran tempoh pertengahan yang terdekat.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 25.07.2019

Sumber Reuters melaporkan bahawa ahli Lembaga Gabenor Bank Jepun masih tidak sebulat suara tentang isu kadar utama. Jabatan itu akan mengkaji semula penunjuk itu pada satu...
Analysis

Berita, Trend & Analisis 04.06.19

Amerika Syarikat menghilangkan India dari senarai negara-negara yang menerima perjanjian perdagangan khusus. Boeing kehilangan $1 bilion dalam pembelian untuk 737 MAX.
Analysis

Berita, Trend & Analitis 02.09.2020

Berdasarkan laporan terkini, kadar pengangguran di Jerman telah jatuh sebanyak 9 ribu berbanding ramalan -1 ribu. Selain itu, euro disokong oleh pertumbuhan aktiviti perniagaan...