Analysis

Berita, Trend & Analitis 10.07.2020

China menyediakan tindak balas terhadap Australia

Hari ini, tumpuan adalah pada penurunan tuntutan pengangguran AS, ramalan untuk Microsoft, serta ancaman China terhadap Australia.

 

Berita

Bilangan permohonan untuk manfaat pengangguran di Amerika Syarikat jatuh ke paras terendah dalam tempoh empat bulan. Mempengaruhi USD


Di Hong Kong dan Tokyo, terdapat peningkatan dalam kes COVID-19. Mempengaruhi Emas


Penganalisis Wedbush meningkatkan ramalannya terhadap saham Microsoft kepada $260. Mempengaruhi Microsoft


China sedang menyediakan tindak balas terhadap penarikan Australia daripada perjanjian penyerahan balik dengan Hong Kong, serta memberikan visa kepada penduduknya. Mempengaruhi AUD


Presiden Amerika Syarikat dan Mexico telah menandatangani deklarasi persahabatan dan kerjasama. Mempengaruhi MXN

 

Kalendar

12:30 GMT

Indeks harga pengeluar AS akan diterbitkan. Pertumbuhan dijangka pada 0.4%. Sekiranya nilai sebenar adalah lebih rendah, USD akan menerima dorongan negatif.

 

Analisis Teknikal

AUD/USD

Kemerosotan hubungan antara Australia dan China selalunya akan membawa tekanan kepada mata wang Australia kerana China merupakan salah satu rakan kongsi ekonomi utama Australia. Akta Keselamatan Nasional Hong Kong telah dikutuk oleh negara Barat. Perdana Menteri Australia menjanjikan visa lima tahun kepada warga Hong Kong dan China berjanji untuk membalas kenyataan tersebut.

Sementara itu, pasangan mata wang tidak dapat mengatasi tahap rintangan 0.70000. Mungkin pasaran turun akan diaktifkan dan sebut harga akan terus jatuh.

CAD/CHF

Tahap sokongan 0.69160 telah mempertahankan trend menurun beberapa kali. Walau bagaimanapun, titik rujukan ini mungkin dipecahkan disebabkan “keletihan”.

CHF/JPY

Situasi yang menarik timbul pada aset ini. Selepas trend yang panjang, aset berbalik daripada 114.600 sekali lagi. Disebabkan pedagang tidak menunjukkan keinginan mereka untuk memecahkan penanda aras ini, harga aset mungkin akan turun.

 

CHF/JPY pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak 2000, 10 Julai telah menjadi hari perdagangan sebanyak 14 kali.
  • Pada 35% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri dagangan dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 2.12%.
  • Trend menurun terhad pada 1.22%.
Related posts
Analysis

Berita Mingguan 23.12—26.12.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita Mingguan 10.03.2020—13.03.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.