Analysis

Berita, Trend & Analitis 10.08.2021

Ramalan Pertumbuhan Yang Suram untuk China

Hari ini tumpuan ialah pada sentimen ekonomi Jerman dan prospek tenaga jangka pendek EIA.

 

Kalendar

09:00 UTC

Sentimen Ekonomi ZEW Jerman untuk bulan Ogos akan diterbitkan. Ramalan: 56.7%. Jika data lebih tinggi daripada yang dijangka, EUR mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, EUR/JPY, EUR/NZD


16:00 UTC

Prospek Tenaga Jangka Pendek EIA akan dikeluarkan. Jika laporan berkongsi jangkaan pasaran minyak yang kuat, harga minyak mungkin menaik..

Aset untuk didagangkan: Brent

 

Berita

Kebimbangan tentang permintaan komoditi yang semakin berkurang dilaporkan telah menjejaskan harga konsumer di UK. Mempengaruhi GBP


Senat A.S. kini lebih dekat untuk memuktamadkan rang undang-undang infrastruktur bernilai $1 trilion. Persoalan ini berkemungkinan besar akan dijawab hari ini. Mempengaruhi USD


Peraturan cukai mata wang kripto nampaknya telah gagal ditambah kepada rang undang-undang infrastruktur yang dipertimbangkan dalam senat A.S. Mempengaruhi Bitcoin


Alibaba telah menggantung beberapa kakitangan kerana dakwaan gangguan seksual terhadap seorang pekerja. Mempengaruhi Alibaba

 

Analisis Teknikal

Gold

Sentimen pasaran agak bercampur-campur kerana faktor impak yang dinyatakan di atas tidak dapat meyakinkan pelabur. Ini paling ketara dalam sektor logam berharga. Sementara perak mencapai tahap rendah hujung tahun 2020, emas berada di bawah $1,800 sekali lagi.

Oleh kerana ia sudah pun menyentuh sokongan iaitu $1,700, tidak mengejutkan jika ia jatuh pada tahap itu sekali lagi dan menurun selanjutnya.

AUD/CHF

Pasangan ini mengikuti trend turun yang stabil, mencadangkan ia mungkin jatuh kepada 0.66 tidak lama lagi.

EUR/NZD

Pasangan ini kini pada tahap lebih rendah dalam saluran mendatar. Ini bermakna terdapat kemungkinan untuk ia memantul ke atas ke arah 1.7000 untuk mencapai bahagian atas.

Related posts