Analysis

Berita, Trend & Analitis 11.12.2020

Adakah Bitcoin akan menggantikan emas

Hari ini, tumpuan adalah pada tarikh akhir untuk perbincangan perjanjian perdagangan antara EU dan UK, denda untuk Google dan pandangan JP Morgan terhadap nasib bitcoin.

 

Kalendar

13:30 UTC

PPI AS untuk bulan November akan dikeluarkan. Penunjuk dijangka meningkat sebanyak 0.2%. Sekiranya penunjuk sebenar ternyata lebih tinggi, USD akan menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, EUR/CHF

 

Berita

ECB mungkin meningkatkan rangsangan ekonomi. Mempengaruhi EUR


Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dan Perdana Menteri British Boris Johnson telah menetapkan tarikh akhir untuk rundingan perjanjian perdagangan. Mempengaruhi GBP


Pengawal selia kerajaan Perancis telah mendenda Google. Mempengaruhi Google


Output perkilangan di UK telah melambung tinggi. Mempengaruhi FTSE 100


JP Morgan percaya bahawa bitcoin akan beransur-ansur menggantikan emas dalam jangka masa panjang. Mempengaruhi Bitcoin

 

Analisis Teknikal

Bitcoin

Mata wang kripto utama ini masih didagangkan berdekatan tanda psikologi 20,000. Dan penganalisis JP Morgan sedang mengapi-apikan keadaan dengan mengaku bahawa Bitcoin mungkin menjadi alternatif kepada emas. Hal ini bermaksud bahawa dana pelaburan akan melindungi modal mereka bukan sahaja dengan melabur dalam emas, tetapi juga dengan membeli bitcoin.

Tahap Fibonacci menunjukkan bahawa pembetulan mata wang kripto tersebut mungkin berterusan. Sasaran penurunan mungkin pada tahap 17300.

EUR/CAD

Corak pembalikan kepala dan bahu telah terbentuk pada carta pasangan mata wang, yang menunjukkan kemungkinan tinggi trend menurun.

CAD/CHF

Julat pergerakan harga aset telah menurun dengan ketara dalam beberapa tahun belakangan ini. Pecahan tahap sokongan ke atas adalah berkemungkinan memandangkan CAD mempunyai sebilangan tanda bearis berbanding mata wang yang lain.

CAD/CHF pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 11 Disember telah menjadi hari perdagangan sebanyak 14 kali.
  • Pada 28% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri dagangan dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 0.69%.
  • Trend menurun terhad pada 1.71%.
Related posts
Analysis

Berita Mingguan 25.05.2020-29.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 22.12.2020

Berita buruk dari UK: sekatan pergerakan telah diumumkan di tengah-tengah penemuan strain koronavirus baharu dan rundingan perdagangan dengan EU masih tiada kemajuan
Analysis

Berita, Trend & Analitis 13.08.2020

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan kelulusan vaksin untuk virus Covid-19 yang dibangunkan oleh makmal sama yang membangunkan vaksin untuk Ebola dan Mers.
Blog rasmi Olymp Trade