Analysis

Berita, Trend & Analitis 12.01.2021

Pendakwaan kedua?

Hari ini, tumpuan adalah pada kemungkinan pelaksanaan peraturan teknologi di negara-negara EU, COVID di UK dan kemungkinan pendakwaan di AS.

 

Kalendar

15:00 UTC

Peluang Kerja JOLTs AS untuk bulan November akan dikeluarkan. Penurunan dalam jumlah peluang pekerjaan berbanding jumlah pada bulan sebelumnya boleh memberikan impak negatif kepada USD.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, USD/CAD

 

Berita

Dewan Rakyat telah membincangkan pendakwaan dan pemecatan Presiden AS. Mempengaruhi USD


EU ingin mengambil tindakan keras terhadap media sosial dan gergasi teknologi berikutan serangan pengganas di Washington DC pada minggu lalu. Mempengaruhi Facebook


Bitcoin telah memecahkan rekod pada minggu lalu tetapi menunjukkan penjualan besar pada hari Isnin. Mempengaruhi Bitcoin


Pertumbuhan pekerjaan selama tujuh bulan tamat di AS apabila 140,000 pekerjaan dibuang pada bulan Disember. Mempengaruhi USD


UK menghadapi minggu COVID-19 yang paling teruk setakat ini. Mempengaruhi GPB

 

Analisis Teknikal

USD/CAD

Hari Rabu yang lalu, Capitol AS telah menyaksikan perusuh mengganggu pengiraan undi badan perwakilan pemilih untuk mengesahkan Presiden Terpilih Biden sebagai Presiden yang seterusnya. Penglibatan Trump dalam bantahan tersebut telah menyebabkan Dewan Rakyat untuk membincangkan pemecatannya sebelum acara pelantikan pada 20hb. Kekacauan berkenaan kepimpinan AS boleh memudaratkan USD.

Pasangan ini telah menjumpai ketinggian baharu pada minggu lalu sebelum menyaksikan penurunan mendadak pada pagi hari Isnin, menunjukkan kemungkinan untuk kembali ke trend menurun sebelum ini.

Bitcoin

Setelah melihat keuntungan besar, pemegang mula menjual dan mewujudkan tahap rintangan baharu di sekitar 41,000, mencetuskan jumlah dagangan yang lebih tinggi.

Emas

Logam berharga ini telah menunjukkan corak Three Black Crows yang menandakan trend menurun. Sebut harga boleh jatuh serendah tahap sokongan.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 15.09.2020

Buat lima bulan berturut-turut, mata wang Amerika menurun pada kebanyakan masanya. Persekutuan tidak mengambil sebarang langkah. Bilakah keadaan yang berlawanan boleh dijangkakan?
Analysis

Berita Mingguan 05.08—09.08.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Blog rasmi Olymp Trade