Analysis

Berita, Trend & Analitis 12.05.2021

Krisis Talian Paip Berterusan

Hari ini tumpuan adalah pada kebimbangan tentang inflasi A.S, krisis talian paip minyak yang berterusan dan pindahan wang antarabangsa dari Google Pay.

 

Kalendar

12:30 UTC

Indeks Harga Konsumer Teras bulanan A.S. akan dikeluarkan. Ramalan: 0.3%. Jika keputusan lebih tinggi daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, GBP/USD, USD/CAD


14:30 UTC

Pengukuran Inventori Minyak Mentah A.S. mingguan akan dikeluarkan. Ramalan: -2.250 juta. Jika data lebih rendah daripada ramalan, Brent mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: Brent

 

Berita

Bekalan bahan api A.S. diketatkan apabila gangguan talian paip memasuki hari kelima. Mempengaruhi Brent


Saham teknologi terus merosot kerana kerisauan tentang inflasi antara pelabur semakin meningkat. Mempengaruhi NASDAQ


Google Pay melancarkan pindahan wang antarabangsa dengan Wise dan Western Union untuk pengguna A.S. Mempengaruhi Google


Tesla menangguhkan pembelian tanah Shanghai sementara hubungan A.S.-China kekal tegang. Mempengaruhi Tesla


Amazon mengeluarkan bon kemampanan pertamanya, mengumpul $1 bilion untuk melabur dalam usaha sosial dan ekologi. Mempengaruhi Amazon

 

Analisis Teknikal

Brent

Harga minyak meningkat apabila dunia pulih daripada pandemik, dengan kenaikan permintaan, walaupun tidak stabil. Krisis talian paip menyebabkan harga meningkat seketika, tetapi kini ia kembali kepada normal.

Brent mengalami trend turun yang stabil, dengan pembetulan di sana sini.

NASDAQ

Kita jelas melihat Indeks A.S. dalam trend turun, walaupun pembetulan baru-baru ini mungkin menandakan bahawa ia semakin menghampiri tahap sokongan baharu.

Gold

Emas memasuki pembetulan selepas jatuh ke tahap sokongan baharu, dan kami jangka ia untuk mula menaik sekali lagi.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 31.10.2019

Seorang pegawai Rumah Putih yang tidak diketahui namanya berkata bahawa perjanjian antara negara China dengan Amerika Syarikat mungkin tidak bersedia untuk ditandatangani bulan...
Analysis

Berita 06.04.2020-10.04.2020

Peristiwa penting minggu ini termasuk keputusan kadar faedah RBA, indeks harga pengeluar AS dan mesyuarat menteri kewangan EU.
Analysis

Berita, Trend & Analitis 05.09.2019

Persekutuan secara rasminya mempunyai pandangan yang berbeza tentang potongan kadar. Sesetengah daripada mereka percaya bahawa ekonomi berada dalam keadaan yang baik, sementara...