Analysis

Berita, Trend & Analitis 14.07.2021

Google Lwn. Perancis

Hari ini tumpuan ialah pada keputusan perbicaraan mahkamah Gogole di Perancis, ramalan penurunan permintaan untuk PC dan komputer riba, dan pemotongan pengeluaran Boeing.

 

Kalendar

12:30 UTC

Indeks Harga Pengeluar A.S. (MoM) untuk bulan Jun akan diterbitkan. Ramalan: 0.6%. Jika data lebih rendah daripada yang dijangka, USD mungkin menerima tekanan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/CAD, USD/JPY, EUR/USD


14:30 UTC

Pengukuran Inventori Minyak Mentah A.S. untuk minggu ini akan diterbitkan. Ramalan: -4.333 juta. Jika data lebih rendah daripada yang dijangka, Brent mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: Brent

 

Berita

Dos Booster Pfizer masih tidak mendapat penerimaan, apabila rundingan syarikat tersebut dengan pegawai kerajaan A.S. ditangguhkan. Mempengaruhi Pfizer


Boeing sedang mengurangkan pengeluaran pesawat 787 Dreamliner apabila ia berusaha untuk menangani isu-isu lain yang mempengaruhi syarikatnya. Mempengaruhi Boeing


Para pakar meramal pengurangan permintaan untuk komputer peribadi dan komputer riba selepas lonjakan semasa pandemik. Mempengaruhi Apple


EU menilai semula vaksin Covid-19 Johnson & Johnson untuk penyakit saraf yang jarang selepas amaran dar A.S. Mempengaruhi Johnson & Johnson


Google didenda $593 juta dolar di Perancis selepas kegagalan syarikat tersebut untuk menawarkan perjanjian yang adil kepada syarikat penerbit tempatan untuk menggunakan platform berita mereka. Mempengaruhi Google

 

Analisis Teknikal

Google

Google masih kuat, walaupun menghadapi beberapa masalah di EU, dalam usahanya untuk mempersetujui perjanjian baru dengan penerbit berita tempatan. Perjanjian-perjanjian ini yang terkini berlaku di Perancis, dan setakat ini rundingan tidak berjaya, yang melihat pihak Perancis menyaman syarikat tekonologi ini.

Google menunjukkan pergerakan trend naik yang kuat, dan tiada tanda yang menunjukkan ini akan berhenti hari ini.

NASDAQ

Indeks ini melonjak tinggi, menunjukkan tanda corak Three Outside Up yang menandakan pergerakan menaik yang berterusan.

Gold

Gold menunjukkan tanda-tanda kemunculan trend sisi ke sisi, dengan kemungkinan penembusan ke arah bawah.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 26.03.2020

Senat AS mempersetujui pakej rangsangan. Selain daripada $2 trilion bantuan langsung, Rizab Persekutuan kini akan dapat memberikan pinjaman $4 trilion.
Blog rasmi Olymp Trade