Analysis

Berita, Trend & Analitis 15.09.2020

Bilakah dolar AS akan mula meningkat?

Hari ini, fokus adalah pada penyambungan semula ujian vaksin COVID-19, prospek negatif daripada BP dan jangkaan petunjuk daripada Persekutuan.

 

Kalendar

09:30 UTC

Indeks Sentimen Ekonomi ZEW di Jerman untuk bulan September akan diterbitkan. Penunjuk diramal menurun menjadi 69.8 mata. Sekiranya data sebenar lebih tinggi, EUR akan menerima sokongan.

Aset untuk perdagangan: EUR/USD, EUR/CHF

 

Berita

AstraZeneca telah meneruskan ujian vaksin COVID-19. Mempengaruhi Johnson & Johnson


British Petroleum meramalkan kemerosotan dalam pasaran minyak. Mempengaruhi Brent


Alibaba merancang untuk melabur melebihi $3 bilion dalam syarikat logistik terbesar Asia Grab Holdings Inc. Mempengaruhi Alibaba


Pasaran pertukaran asing sedang menantikan keputusan mesyuarat Persekutuan. Mempengaruhi USD


TikTok membatalkan perjanjian Microsoft. Mempengaruhi Microsoft

 

Analisis Teknikal

EUR/USD

Minggu ini, Rizab Persekutuan AS akan meneruskan perbincangan tentang keadaan pasaran buruh, berkenaan kadar pengangguran yang meningkat sehingga 8.4% dan berkemungkinan untuk meningkat sehingga 9.8%. Ingat kembali bahawa sasaran untuk penunjuk ini ialah 6.5%. Mungkin selepas mesyuarat tersebut, Jerome Powell akan memberikan pasaran sekurang-kurangnya satu petunjuk mengenai pelan untuk menyelesaikan keadaan ini.

Analisis rangka masa mingguan menandakan bahawa tiada kepastian antara pedagang pada pasangan mata wang EUR/USD, kerana corak batang lilin Doji telah terbentuk.

AUD/CHF

Aset menunjukkan beberapa tanda kemungkinan penurunan. Pertama, harga aset sebelum ini telah menandakan pecahan salah sempadan atas segi tiga tersebut. Kedua, trend pasaran umum menunjukkan kelemahan dolar Australia.

EUR/GBP

Pasangan mata wang mula meninggalkan zon terlebih beli penunjuk RSI. Pengaktifan penjualan adalah berkemungkinan.

 

EUR/GBP pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak 2000, 15 September telah menjadi hari perdagangan sebanyak 13 kali.
  • Pada 53% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri dagangan dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 0.79%.
  • Trend menurun terhad pada 1.25%.
Related posts
Analysis

Berita Mingguan 26.08-30.08.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita Mingguan 18.05.2020–22.05.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...