Berita, Trend & Analitis 16.04.2021

Hari ini tumpuan ialah pada England yang kini dibuka, pemulihan Jepun dan A.S.

 

Kalendar

9:00 UTC

CPI Kesatuan Eropah (YoY) akan diterbitkan. Ramalan: 1.3%. Jika keputusan lebih rendah daripada yang dijangka, EUR mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, EUR/SGD, EUR/NZD


12:30 UTC

Permit Pembinaan A.S. untuk Mac akan dilaporkan. Ramalan: 1.750 juta. Jika data lebih rendah daripada ramalan, USD mungkin menerima tekanan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/NOK, USD/SGD, USD/CAD

 

Berita

Jualan runcit A.S. melantun lebih banyak daripada yang dijangka pada bulan Mac kerana warga Amerika menerima cek bantuan pandemik tambahan daripada pihak kerajaan dan peningkatan vaksinasi COVID-19 membolehkan penglibatan semula semula ekonomi yang lebih luas. Mempengaruhi USD


Pelanggan Inggeris kembali ke restoran minggu ini dan iklan jawatan kosong dalam talian telah kembali ke tahap pra-pandemik sementara ekonomi British mula dibuka semula berikutan pandemik coronavirus. Mempengaruhi GBP


Ekonomi Jerman mungkin mengecil sebanyak 1.8% dalam suku tahunan pertama disebabkan sekatan COVID-19. Mempengaruhi EUR


Ekonomi Jepun semakin meningkat tetapi sebarang pemulihan yang berlaku mungkin sedikitl disebabkan was-was terhadap pandemik coronavirus. Mempengaruhi JPY


Commonwealth Bank of Australia (CBA), peminjam terbesar di negara itu, menyatakan pertumbuhan buku pinjaman rumah tahun ini sepatutnya merangsang keuntungan gadai janji syarikat itu sebanyak 3%. Mempengaruhi AUD

 

Analisis Teknikal

AUD/USD

Ekonomi Australia kurang terjejas semasa menghadapi pandemik COVID-19 sepanjang tahun yang lalu. Manakala A.S. kini kuat kembali dengan laporan ekonomi hebat dan harapan untuk peningkatan. USD terus menaik lebih tinggi.

Pasangan ini menunjukkan risiko rendah untuk menamatkan kenaikan sebelum mencapai tahap rintangan seterusnya pada kira-kira 0.7801.

Disney

Peneraju industri hiburan berdagang dalam saluran panji, ia berkemungkinan mencecah ke arah atas.

Nike

Syarikat besar pakaian sukan itu perlaha-lahan turun dan menetapkan tahap rintangan baharu kira-kira pada 137.


Amaran risiko:

Maklumat yang diberikan bukan nasihat pelaburan. Apabila menggunakan maklumat ini, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk keputusan pelaburan anda dan mengambil semua risiko yang berkaitan dengan hasil kewangan transaksi anda.

Mula berdagang