Analysis

Berita, Trend & Analitis 17.03.2021

Masalah Besar British

Tumpuan hari ini ialah pada kadar rendah di Jepun, harga minyak jatuh dan UK ketinggalan.

 

Kalendar

10:00 UTC

CPI zon euro (Indeks Harga Konsumer) (YoY) akan disiarkan. Ramalan: 0.9%. Keputusan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan boleh dianggap sebagai tanda positif untuk EUR.

Aset untuk didagangkan: GBP/EUR, EUR/JPY, EUR/USD


12:30 UTC

CPI Teras Kanada (MoM) untuk bulan Februari akan dilaporkan. Sebelum ini: 0.5%. Jika lebih tinggi daripada sebelumnya, bacaan boleh mencetuskan dorongan positif untuk CAD.

Aset untuk didagangkan: CAD/JPY, USD/CAD, CAD/NZD


14:30 UTC

Inventori Minyak Mentah A.S. akan diumumkan. Ramalan: 2.715J. Jika jumlah simpanan lebih tinggi daripada yang dijangka, ia mungkin memberi kesan negatif ke atas aset minyak.

Assets untuk didagangkan: Brent, Chevron, Exxon Mobil


18:00 UTC

Rizab Persekutuan A.S. akan bertemu dan menyiarkan Keputusan Kadar Faedah antara lain. Jika kadar kekal seadanya USD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: USD/JPY, USD/NZD, GBP/USD

 

Berita

Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata pada hari Selasa, ia penting untuk mengekalkan kadar jangka panjang “rendah tapi stabil” kerana ekonomi masih terjejas daripada impak pandemik COVID-19. Mempengaruhi JPY


Deutsche Bank telah mengelar ramalan pertumbuhan ekonomi 2021 untuk kawasan euro sebanyak satu poin peratusan penuh, merujuk limpahan daripada sekatan aktiviti berkaitan pandemik yang berterusan tetapi menaikkan ramalan untuk Britain, Amerika Syarikat dan India. Mempengaruhi GBP


Bank Pusat Eropah bermatlamat untuk menghentikan hasil bon daripada meningkat sebelum ekonomi zon euro yang dilanda pandemik bersedia untuk menanggung kos peminjaman yang lebih tinggi. Mempengaruhi EUR


Harga minyak jatuh pada hari Selasa, melanjutkan penurunan kepada tiga hari berturut-turut, apabila kenaikan stok simpanan di Amerika Syarikat menambah risiko kepada pemulihan permintaan selepas negara-negara termasuk Jerman dan Perancis menghentikan vaksinasi COVID-19. Mempengaruhi Brent


Sterling jatuh berbanding euro dan dolar pada hari Selasa. Pakar analisis mengaitkan pergerakan ini dengan berita bahawa Jerman, Itali dan Perancis menggantungkan suntikan COVID-19 kerana kebimbangan keselamatan. Mempengaruhi GBP

 

Analisis Teknikal

GBP/USD

Sterling kurang berprestasi baru-baru ini, apabila negara-negara Eropah mula menghentikan vaksin AstraZeneca dan Brexit terus membebani ekonomi UK. Pemindaan ramalan pertumbuhan ekonomi oleh Deutsche Bank pula menunjukkan keyakinan yang berkurangan dalam pemulihan British untuk seiring dengan negara-negara jiran.

Ujian tahap sokongan pada kira-kira 1.3800 pasangan ini berkemungkinan tidak melencong dari saluran semasa.

Berita, Trend & Analitis 17.03.2021_0

EUR/CAD

Pasangan ini melihat trend turun yang jelas dan nampaknya tiada tanda untuk perlahan melangkaui penarikan berkemungkinan sebelum terus menurun.

Berita, Trend & Analitis 17.03.2021_0

Silver

Logam berharga ini terus menguji tahap sokongan sekitar 25.00, tetapi berkemungkinan memantul ke arah menaik sedikit.

Berita, Trend & Analitis 17.03.2021_0

Related posts
Analysis

Berita Mingguan 18.11-22.11.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend, & Analitis 11.10.2019

Hasil daripada mesyuarat menteri kewangan EU, negara-negara di rantau itu bersetuju untuk berbelanja lebih banyak apabila mungkin. Satu langkah yang boleh mempercepatkan inflasi.
Blog rasmi Olymp Trade