Analysis

Berita, Trend & Analitis 18.06.2021

Tuntutan Pengangguran A.S. Melebihi Jangkaan

Hari ini tumpuan ialah pada Pernyataan Dasar Monteari Jepun dan Jualan Runcit Bulanan British.

 

Kalendar

3:00 UTC

Kadar Faedah Jepun dan Dasar Monetari akan diumumkan. Ramalan: -0.1%. Sekiranya BOJ berkongsi pandangan ekonomi yang positif di Jepun, JPY mungkin menerima rangsangan. Aset untuk didagangkan: USD/JPY, EUR/JPY, GBP/JPY


6:00 UTC

Jualan Runcit Teras Bulanan British akan diterbitkan. Ramalan:1.5%. Jika angka sebenar melebihi jangkaan pasaran, GBP mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: EUR/GBP, GBP/USD, GBP/JPY

 

Berita

Australia baru-baru ini mengeluarkan data pekerjaan yang optimistik. Perubahan Pekerjaan negara tersebut adalah 115.2 ribu berbanding jangkaan 30.5 ribu, dan Kadar Pengangguran pula 5.1% lwn. 5.5% yang diramalkan. Mempengaruhi AUD


Semasa laporan Dasar Monetari, Feds A.S. berkongsi kemungkinan untuk kenaikan kadar yang lebih cepat daripada yang dirancang sebelum ini. Pasaran saham A.S. menerima tekanan daripada pengumuman ini. Mempengaruhi S&P 500


Jualan Runcit Bulanan A.S. diumumkan minggu ini sebagai -1.3% hasil yang kurang daripada -0.6% yang dijangka. Pemerhati pasaran melihatnya sebagai peralihan kepada aktiviti konsumer ke persekitaran dalam talian dan bukan sebagai prestasi lemah secara keseluruhan kerana Pengeluaran Perindustrian iaitu 0.8% melebihi ramalan iaitu 0.6%. Mempengaruhi USD


Inventori Minyak Mentah A.S. mengalami penurunan yang tidak diduga kepada -7.4 juta berbanding -2.1 juta yang diramalkan, menandakan pemulihan ekonomi menghendaki lebih banyak minyak. Mempengaruhi Brent

 

Analisis Teknikal

Emas

Pemulihan ekonomi AS yang seiring dengan trend global mendorong Fed A.S. untuk mempertimbangkan kenaikan kadar yang lebih cepat daripada yang dipertimbangkan sebelumnya. Walaupun inflasi bakal melampaui batas, dan banyak industri sudah kembali pada tahap pra-virus. Unjuran optimistik ini mendorong pelabur untuk mula melihat aset yang lebih berisiko. Oleh itu, emas melihat permintaan yang lebih rendah dan kehilangan nilainya.

Selepas kenaikan hingga $1,900, harga emas turun kembali kepada tahap rendah sejak satu bulan kepada 1800. Jika pemulihan berterusan, adalah sukar untuk harga emas mengekalkan harga melebihi tahap itu.

Brent

Harga minyak berkemungkinan melintasi $74 kerana ia telah melepasi pembetulan menurun tempatan dan kekal secara stabil ke arah menaik.

S&P 500

Indeks pasaran saham A.S. utama adalah di bawah 100-EMA (jingga gelap) selepas Fed A.S. menyiarkan kenyataan. Oleh itu, ia akan cuba memulihkan kerugian dengan menembusi rintangan EMA di atas.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 16.07.2021

Pengerusi Rizan Persekutuan A.S., Jerome Powell menjelaskan bahawa kemajuan ekonomi di A.S. diperlukan sebelum mempertimbangkan pengurangan sokongan kewangan semasa.
Analysis

Berita Mingguan 13.04.2020-17.04.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Blog rasmi Olymp Trade