Analysis

Berita, Trend & Analitis 18.08.2021

Kebimbangan Untuk Pemulihan Global

Hari ini fokus ialah pada perjanjian baru Boeing, pasaran saham British bakal kehilangan sebuah syarikat utama, dan siasatan pihak kerajaan AS ke atas autopilot Tesla.

 

Kalendar

06:00 UTC

Indeks Harga Konsumer UK untuk 2020 akan diterbitkan. Ramalan: 2.3%. Bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan mungkin memberi dorongan positif kepada GBP.

Aset untuk didagangkan: GBP/USD, EUR/GBP, GBP/JPY


12:30 UTC

Penilaian Permit Pembinaan AS akan dikeluarkan. Ramalan: 1.610 juta. Bacaan yang lebih besar daripada yang dijangka mungkin memberi dorongan positif kepada USD.

Aset untuk didagangkan: USD/CAD, EUR/USD, USD/JPY


14:30 UTC

Penilaian Inventori Minyak Mentah AS akan dikeluarkan. Ramalan: -1.259 juta. Jika bacaan lebih tinggi daripada yang dijangkan, Brent mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: Brent

 

Berita

 

Laporan yang kurang baik untuk jualan runcit bulan Julai di AS menimbulkan keraguan tentang pertumbuhan berterusan ekonomi negara tersebut, menjadikan pelabur lebih teragak-agak. Mempengaruhi Dow Jones


Para pakar risau bahawa permintaan minyak mentah akan terjejas pada separuh kedua tahun ini, apabila kadar pemulihan global semakin perlahan. Mempengaruhi Brent


Para pelabur risau kerana pasaran saham UK bakal hilang salah satu daripada syarikat terbesarnya, kerana pemegang saham BHP Group merancang untuk pindah sepenuhnya ke Australia. Mempengaruhi FTSE 100


Kerajaan persekutuan AS melancarkan siasatan ke atas sistem Autopilot Tesla kerana kebimbangan keselamatan timbul. Mempengaruhi Tesla


Boeing memenangi lebih banyak kontrak untuk jet 737-9, mengekalkan pemulihan yang stabil. Mempengaruhi Boeing

 

Analisis Teknikal

 

Tesla

Tesla sekali lagi menghadapi masalah daripada pihak kerajaan, selepas baru sahaja menyelesaikan urusan China. Pada masa yang sama, ia terlalu awal untuk panik, kerana semua siasatan sebelumnya tidak mendatangkan kesan yang benar.

Tesla menurun daripada tahap tinggi mingguan, dan pembetulan tidak berjaya menukar kepada pembalikan trend, jadi jangka harga untuk terus turun.

USD/CAD

Pasangan ini terus menaik, dan walaupun ia kehilangan momentum pertumbuhan, kami percaya ia tidak akan berubah arah hari ini.

Silver

Perak semakin turun, dan hampir mencapai pembetulan kecil, kami menjangka arah perak tidak akan berubah hari ini.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 01.07.2020

Negara barat mengutuk penerimaan undang-undang keselamatan kebangsaan Hong Kong, walaupun ketua bandar tersebut tidak percaya bahawa ia akan membahayakan autonomi.
Analysis

Berita Mingguan 30.09-04.10.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Pujian untuk Tesla

Tesla boleh menerima pinjaman $1.4 bilion untuk mengembangkan kilangnya di Shanghai.