Analysis

Berita, Trend & Analitis 18.09.2020

Bank of England bersedia untuk kadar negatif

Hari ini tumpuan adalah pada peningkatan pekerjaan di Australia, kenyataan oleh Setiausaha Perbendaharaan AS dan juga — petunjuk kadar negatif dalam minit Bank of England.

 

Kalendar

09:15 UTC

Naib Presiden ECB, Luis de Guindos akan berucap. Peristiwa tersebut mungkin menyebabkan peningkatan dalam turun naik pasangan mata wang EUR.

Aset untuk perdagangan: EUR/USD, EUR/CHF.

 

Berita

Di Australia, kadar pekerjaan telah melonjak. Mempengaruhi AUD


Bank of England tidak memperkenalkan rangsangan ekonomi baharu, tetapi meningkatkan perbincangan tentang kadar negatif. Mempengaruhi GBP


Kumpulan teknikal OPEC+ telah memberi amaran tentang penurunan permintaan minyak di negara-negara yang terpilih disebabkan COVID-19. Mempengaruhi Brent


Setiausaha Perbendaharaan AS, Stephen Mnuchin mengesahkan penerusan usaha atas pakej rangsangan ekonomi. Mempengaruhi USD


Jurucakap Bank Dunia memberi amaran tentang kemungkinan krisis kewangan di rantau Asia-Pasifik. Mempengaruhi JPY

 

Analisis Teknikal

GBP/USD

Perbincangan tentang pertimbangan bank pusat untuk memperkenalkan kadar negatif telah berterusan untuk masa yang panjang. Walaupun Bank of England mengekalkan kadar utama ini pada tahap yang sama pada 0.1%, minit mesyuarat mendedahkan maklumat bahawa pengurus-pengurus sedang mengkaji tentang impak kadar negatif kepada ekonomi. Terdapat kemungkinan bahawa pengawal selia akan memutuskan tindakan sedemikian dalam masa terdekat.

Sehubungan dengan hal ini, mata wang Britain mula menurun sekali lagi. Kemungkinan besar bahawa carta akhirnya akan kehilangan sokongan daripada garisan trend dan pedagang akan dapat memanfaatkan trend bearis yang kuat.

EUR/USD

Corak kepala dan bahu yang klasik menandakan kejatuhan euro.

NZD/CAD

Pasangan mata wang belum menghabiskan potensi pertumbuhan teknikalnya. Harga aset mungkin akan melepasi 0.90000 dalam masa terdekat.

 

NZD/CAD pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak 2000, 18 September telah menjadi hari perdagangan sebanyak 14 kali.
  • Pada 78% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri perdagangan dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 1.65%.
  • Trend menurun terhad pada 1.18%.
Related posts
Analysis

Berita Mingguan 20.07.2020–24.07.2020

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Analysis

Berita, Trend & Analitis 06.03.2020

Negara ahli OPEC membenarkan pengurangan tambahan pengeluaran sebanyak 1.5 juta tong, tetapi keputusan ini tidak disokong oleh Rusia dan Kazakhstan.
Analysis

Berita, Trend & Analisis 11.07.2019

Semalam, Pengerusi Fed, Encik Powell, berbincang dengan Ahli Parlimen. Risiko utama yang dikenal pasti oleh ahli ekonomi AS adalah inflasi dan aliran menurun yang rendah.