Analysis

Berita, Trend & Analitis 19.03.2021

Selamat Tinggal London

Hari ini tumpuan ialah pada stimulus Euro bloc, tuntutan penagguran di A.S. dan London semakin hilang kawalan.

 

Kalendar

12:30 UTC

Jualan Runcit Teras Kanada (MoM) untuk bulan Januari akan disiarkan. Ramalan: -2.6%. Jika lebih tinggi daripada yang dijangka, CAD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: USD/CAD, CAD/CHF, AUD/CAD

 

Berita

Penyelesaian sekuriti untuk aset Ireland bernilai lebih 100 bilion euro ($119 bilion) telah meninggalkan London untuk Kesatuan Eropah dalam pelarasan pasaran yang terkini untuk Brexit. Mempengaruhi GBP


Presiden ECB, Christine Lagarde berkata pada hari Khamis, Bank Pusat Eropah mungkin memerlukan sedikit masa sebelum pemecutan yang dipersetujui baru-baru ini dalam kadar pencetakan wang, sebahagian daripada usahanya untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19, menjadi ketara. Mempengaruhi EUR


Laporan daripada Persidangan Dagangan dan Pembangunan U.N (UNCTAD) pada hari Isnin, menyatakan ekonomi global dijangka meningkat 4.7% tahun ini disebabkan pemulihan yang lebih kuat daripada yang dijangka di Amerika Syarikat, mengubah ramalan sebelum ini iaitu 4.3%. Mempengaruhi S&P 500


Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran secara tidak dijangka meningkat minggu lalu, tetapi pasaran buruh semakin bangkit kerana peningkatan dalam kadar pemberian vaksin membawa kepada lebih banyak perniagaan dibuka semula. Mempengaruhi USD


Ikatan London dengan zon euro diputuskan selepas Britain meninggalkan pasaran tunggal Kesatuan Eropah pada 31 Disember dan prospek untuk pakatan menimbulkan harapan pihak tertentu untuk sekurang-kurangnya penyambungan semula separa akses terus ke pasaran kewangan benua itu. Mempengaruhi GBP

 

Analisis Teknikal

GBP/USD

Ekonomi British telah digegarkan oleh pandemik dan Brexit, namun Sterling terus menaik berbanding mata wang lain. Namun demikian, setelah keadaan semakin tenang pada landskap kewangan baru, masalah lebih ketara apabila London kehilangan aset Eropah dan bergelut untuk mendapatkan semula akses ke pasaran bloc itu.

Pasangan ini telah kembali kepada trend turun selepas tarikan balik yang kuat.

Morgan Stanley

Harga telah mencapai ketinggian baru dan mungkin melihat tarikan balik sebelum terus meningkat seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Caterpillar

Harga telah mencapai ketinggian baru dan nampaknya akan melihat tarikan balik sebelum terus meningkat seperti yang pernah berlaku baru-baru ini.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 19.02.2020

Disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang berbahaya di China, Apple telah kehilangan keupayaan untuk membekalkan jumlah barangan yang dirancang kepada pelanggan.
Analysis

Berita, Trend & Analisis 02.07.2019

G20 membawa gencatan senjata sementara antara Amerika Syarikat dan China. Pasaran AS menunjukkan pertumbuhan kerana harapan untuk berakhirnya perang perdagangan.