Analysis

Berita, Trend & Analitis 20.11.2020

Kekurangan kesepakatan EU

Hari ini, tumpuan adalah pada kejayaan Nvidia, peningkatan sasaran untuk saham Tesla dan kekurangan kesepakatan pada belanjawan EU.

 

Kalendar

13:30 UTC

Indeks Jualan Runcit Teras Kanada untuk bulan September akan dikeluarkan. Penunjuk dijangka meningkat sebanyak 0.2%. Penyimpangan ke bawah akan melemahkan kedudukan CAD.

Aset untuk didagangkan: CAD/CHF, EUR/CAD

 

Berita

Morgan Stanley telah meningkatkan harga sasaran untuk saham Tesla kepada $540. Mempengaruhi Tesla


Starbucks berjanji untuk menaikkan gaji pekerja kedai kopi. Mempengaruhi Starbucks


Nvidia telah meningkatkan hasilnya kepada rekod tertinggi. Mempengaruhi Nvidia


Peningkatan dalam rizab minyak mentah mungkin menyebabkan pembalikan trend emas hitam. Mempengaruhi Brent


Hungary mengesahkan bahawa mereka tidak akan menyokong belanjawan EU semasa. Mempengaruhi EUR

 

Analisis Teknikal

EUR/USD

Hungary dan Poland telah memveto draf belanjawan keseluruhan EU untuk tahun 2021-2027. Wakil kedua negara tersebut mempercayai bahawa prinsip yang diisytiharkan mengenai keagungan undang-undang Eropah akan mencampur tangan dalam hal ehwal dalaman negara. Keadaan semasa menunjukkan bahawa EU tidak mempunyai kesepakatan dan negara-negara yang sangat memerlukan bantuan ekonomi mungkin akan menerimanya dengan lewat.

Daripada sudut pandang analisis teknikal, pasangan mata wang boleh meneruskan trend menurun sehingga 1.18000.

GBP/NZD

Pasangan mata wang telah membentuk corak pembalikan bawah tiga serangkai. Kami menjangkakan permulaan trend menaik dengan kemungkinan pecahan tahap rintangan menurun.

AUD/CHF

Nampaknya aset telah menandakan permulaan trend menurun selepas pembalikan daripada tahap rintangan 1.08250.

 

AUD/CHF pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 20 November telah menjadi hari perdagangan sebanyak 14 kali.
  • Pada 42% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri dagangan dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 1.24%.
  • Trend menurun terhad pada 3.57%.
Related posts
Analysis

Berita Mingguan 03.06-07.06.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
© 2014 - 2020 Olymp Trade. All Rights Reserved.