Analysis

Berita, Trend & Analitis 21.07.2021

Mastercard Untuk Kripto

Hari ini tumpuan ialah pada dasar perniagaan Britain, Mastercard berusaha untuk menjadikan kripto lebih mudah untuk digunakan, dan perkongsian Nasdaq terkini.

 

Kalendar

14:30 UTC

Data Inventori Minyak Mentah A.S. akan diterbitkan. Ramalan: -4.466 juta. Jika keputusan lebih rendah daripada yang dijangka, Brent mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: Brent

 

Berita

Netflix memberi tumpuan untuk meningkatkan peningkatan jumlah pelanggannya yang semakin perlahan, kerana pesaingnya Disney+ dan HBO Max yang sedang meningkatkan usahanya tersendiri. Mempengaruhi Netflix

 

Kementerian kewangan Britain mencadangkan untuk melanjutkan peraturan akauntabiliti individu untuk pengurus kanan di bank dan syarikat insurans kepada rangkaian firma kewangan yang lebih luas agar pengurus atasan mereka bertanggungjawab secara langsung terhadap tindakan mereka. Mempengaruhi GBP

 

Nasdaq bekerjasama dengan Goldman Sachs, Morgan Stanley, dan Citigroup untuk melancarkan platformnya yang akan membolehkan pelabur memperdagangkan saham syarikat swasta. Mempengaruhi NASDAQ

 

Apple menangguhkan rancangan untuk kembali ke pejabat sekurang-kurangnya satu bulang lagi kerana lonjakan jenis Covid-19 baru yang menimbulkan kebimbangan kesihatan. Mempengaruhi Apple

 

Mastercard mengumumkan yang ia akan meningkatkan program kadnya untuk pertukaran mata wang kripto dan dompet bagi memudahkan penggunaannya. Mempengaruhi Bitcoin

 

Analisis Teknikal

Bitcoin

Sementara Bitcoin dalam keadaan yang susah, kerana tidak dapat pulih daripada kerugian harga yang besar, kita melihat keadaan semakin baik untuk kripto terbesar di dunia. Dengan pergerakan terkini untuk menjadikan semua mata wang kripto lebih mudah diakses sebagai kaedah pembayaran, kami menjangkakan popularitinya untuk meningkat sekali lagi.

Kripto ini menunjukkan corak bearish pada masa ini, dan berdasarkan keadaan, kami menjangka ini untuk berterusan hari ini.

NASDAQ

Indeks AS ini sedang dalam perjalanan untuk keluar dari Pennant dan mengesahkan kecenderungan untuk menurun.

Gold

Harga Emas melonjak, dengan sedikit pembetulan harga.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitis 01.07.2020

Negara barat mengutuk penerimaan undang-undang keselamatan kebangsaan Hong Kong, walaupun ketua bandar tersebut tidak percaya bahawa ia akan membahayakan autonomi.
Blog rasmi Olymp Trade