Analysis

Berita, Trend, Analitis 22.11.2019

Penggubalan baharu undang-undang di A.S.

Hari ini, pasaran akan memberi tumpuan pada trak pikap Tesla, rancangan Jeremy Corbyn dan undang-undang hak asasi pro-Hong Kong di A.S.

 

Berita

Elon Musk mendedahkan trak pikap elektrik pertama Tesla. Mempengaruhi Tesla


Di United Kingdom, pemimpin parti Buruh menerbitkan rancangan radikal untuk pembangunan negara, iaitu beliau meminta kenaikan cukai, kenaikan gaji pegawai kerajaan dan pemiliknegaraan infrastruktur. Mempengaruhi GBP


Donald Trump merancang untuk menandatangani dua undang-undang yang bertujuan untuk melindungi pembantah di Hong Kong, yang akan menjejaskan hubungan A.S.-China. Mempengaruhi S&P500


Pembuat kereta Jerman akan didenda 100 juta euro. Mempengaruhi BMW


China telah menjemput Amerika Syarikat untuk mengadakan satu siri rundingan perdagangan yang baharu di Beijing. Mempengaruhi S&P500

 

Kalendar

09:30 GMT

UK mengeluarkan data awal tentang PMI perkhidmatan. Hasil sebelumnya adalah 50 mata. Jika hasil baharu adalah lebih rendah, ia akan mempunyai kesan negatif ke atas GBP.


13:30 GMT

Kanada mengeluarkan data terkini tentang indeks jualan runcitnya. Juruanalisis menjangkakan hasil 0.1%. Sekiranya bacaan itu lebih tinggi, CAD akan menjadi kuat.

 

Analisis teknikal

S&P500

Penggubal undang-undang A.S. meluluskan dua undang-undang yang bertujuan untuk melindungi autonomi Hong Kong. Undang-undang pertama menyokong larangan penjualan pelbagai peralatan khas, yang digunakan oleh pegawai polis. Manakala yang kedua adalah lebih kuat secara politik. Mengikut dokumen ini, setiausaha negara A.S. hendaklah mengesahkan bahawa Hong Kong mengekalkan autonomi yang mencukupi sekurang-kurangnya sekali setahun, yang China tidak benar-benar setuju.

 

Berita ini mungkin memburukkan rundingan perdagangan, jadi pasaran saham A.S. mungkin terjejas. Kemungkinan besar, sebut harga S&P500 akan jatuh ke 3100. Ini ditunjukkan oleh tahap Fibonacci.

https://lh3.googleusercontent.com/SDbgV-hWZkIQ-9xSgcY4_f-GNFh1RmD-R8yxqXjyRT53PvfSCvkTJgE7e8XhKEE5f3DtHJ54h3hWfgWHlPe254AOTKdfsKIboLZBOcP9bU01Dy1tddAeg2P8Af6osKFitLoFjXFT

EUR/USD

Kita boleh melihat sesuatu seperti corak Kepala dan Bahu dalam carta, yang menunjukkan bahawa trend itu ialah pola bull.

https://lh3.googleusercontent.com/RQAXZUFCG-XQjonHrdJwTS7NR8IHah15VMrYccqm1j58E6aDOn6g0OU58mTXkkZsrUbooXp_ARls6F41A9XMcVuGnEoT3v-JNL1i-he-FYmLBlNM-weSNWrKn6JoF9bYxmt1bpIE

Bitcoin

Mata wang kripto telah rugi lebih daripada 20% sejak 26 Oktober. Secara teknikal, sasaran penurunan ialah tahap 7500.

https://lh4.googleusercontent.com/ufMWld9lOY_I5jX-VzUfQwMNRXNTaMymdJ-00XKVaGa97NYFtECmmhaMBqMRhiZwC9TiUP9Wg07YnkPLOhxrqglRmjYhrSBfSP2I4T3agIH2-qa_kdHyKZTb8WQLSTTOQcYuuTZ2

 

AUD/JPY pada hari ini dalam sejarah

  • Sejak tahun 2000, 22 November telah menjadi hari perdagangan sebanyak 14 kali.
  • Pada 50% daripada hari-hari tersebut, aset berakhir dengan pertumbuhan.
  • Julat pengukuhan maksimum ialah 2.8%.
  • Penurunan trend dihadkan menjadi 0.57%.
Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 03.09.2019

Laporan KDNK Turki mencatatkan penurunan sebanyak 15% Negara ini sudah mengalami kemelesetan pada suku ketiga, tetapi terdapat prospek untuk memperbaiki...
© 2014 - 2020 Olymp Trade Blog. All Rights Reserved.