Analysis

Berita, Trend & Analitis 23.07.2021

Elon Musk Melonjakkan Harga Bitcoin Sekali Lagi

Hari ini, tumpuan ialah pada petanda ekonomi UK seperti Jualan Runcit Bulanan, PMI Perkhidmatan dan laporan PMI Pengilangan, dan pada laporan Jualan Runci Bulanan Teras Kanada.

 

Kalendar

08:30 UTC

PMI Komposit UK, PM Perkhidmatan dan laporan PMI Pengilangan akan diumumkan. Ramalan: 61.9, 62.7, dan 62.0 masing-masing. Jika angka sebenar adalah lebih tinggi daripada ramalan, GBP mungkin menerima rangsangan.

Aset untuk didagangkan: GBP/USD, EUR/GBP, GBP/CAD


12:30 UTC

Jualan Runcit Bulanan Teras Kanada untuk bulan Mei akan diterbitkan. Ramalan: -2.2%.Jika data lebih tinggi daripada yang dijangka, CAD mungkin menerima dorongan bullish.

Aset untuk didagangkan: EUR/CAD, USD/CAD, NZD/CAD

 

Berita

CEO Tesla Elon Musk baru-baru ini berkata Tesla berkemungkinan akan terus menerima Bitcoin sebagai bayaran selepas membuat kajian tentang jumlah tenaga boleh diperbaharui yang digunakan oleh aktiviti perlombongan. Mempengaruhi Bitcoin


Unilever melaporkan prestasi kuat pada separuh pertama 2021. Walaupun demikian, ia mengurangkan jangkaan prestasi tahunan disebabkan inflasi. Ini melemahkan optimisme korporat untuk pemulihan ekonomi di UK. Mempengaruhi FTSE


Bank of England melonggarkan syarat-syarat yang dikenakan pada bank-bank kecil berkaitan dengan pengeluaran hutang yang akan dihapuskan semasa insolvensi. Langkah ini bertujuan untuk memberikan mereka lebih banyak ruang untuk pergerakan kewangan dan menambah baik lanskap sektor perbankan secara keseluruhan. Mempengaruhi GBP


Lucid Motors ialah pengeluar EV mewah yang berpusat di A.S. yang akan disenaraikan secara awam tidak lama lagi. Ia akan menjadi pesaing kepada Tesla. Oleh itu, saham syarikat Tesla mungkin tidak menyukai pendatang baru ini. Mempengaruhi Tesla

 

Analisis Teknikal

Tesla

Sudah lama kita tidak mendengar komen hebat dari Elon Musk. Sekarang, nampaknya musim itu sudah bermula. Pengumumannya baru-baru ini mengenai rancangan untuk menerima Bitcoin sebagai pembayaran sekali lagi mungkin mendorong bukan sahaja Bitcoin tetapi saham Tesla juga.

Secara teknikal, trend naik untuk saham ini sudah ada. Pada masa ini, sahamnya kira-kira $650. Seperti yang dilihat dalam carta, ia mungkin memantul dan melakukan gerakan menaik ke arah $700 untuk musim akan datang.

Gold

Emas jatuh kurang dari $1,800 walaupun kerisauan tentang inflasi dan penyebaran varian Delta virus. Oleh itu, kami menjangka optimism sederhana yang mungkin menariknya ke arah bawah hari ini.

Ethereum

Walaupun mengikuti arah Bitcoin kebanyakan masa, Ethereum sering kali membawa prestasi yang lebih kuat. Ia melantun daripada sokongan $1,800 baru-baru ini dan mungkin mencapai $2,200 hari ini.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 23.08.2019

Perdana Menteri Britain itu berkata beliau mahu membuat perjanjian dengan EU. Johnson berkata sedemikian pada persidangan media terakhir selepas perbualan dengan Presiden Perancis.