Analysis

Berita, Trend & Analitis 24.06.2021

Boeing Menunggu untuk Berlepas

Hari ini tumpuan ialah pada perjanjian Iran baru, undang-undang anti-trust A.S. baru, Boeing lwn. China.

 

Kalendar

8:00 UTC

Data Indeks Iklim Perniagaan Ifo Jerman untuk bulan Jun akan diterbitkan. Ramalan:100.6. Jika data lebih rendah daripada yang dijangka, EUR mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: AUD/EUR, NZD/EUR, EUR/CHF


11:00 UTC

Keputusan Kadar Faedah Bank of England akan diumumkan. Ramalan: 0.10%. Jika keputusan lebih tinggi daripada yang diramal, GBP mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: EUR/GBP, GBP/USD/ GBP/CHF


12:30 UTC

GDP A.S. (QoQ) untuk Suku Pertama akan diterbitkan. Ramalan: 6.4%. Jika data lebih rendah daripada yang dijangka, USD mungkin menerima dorongan negatif.

Aset untuk didagangkan: USD/CHF, USD/JPY, USD/MXN


12:30 UTC

Data Tuntutan Pengangguran Awal A.S. akan dilaporkan. Ramalan: 380 ribu. Jika keputusan lebih rendah daripada yang diramal, USD mungkin menerima dorongan positif.

Aset untuk didagangkan: USD/CHF, USD/JPY, USD/MXN

 

Berita

Iran menyatakan pada hari Isnin, Amerika Syarikat bersetuju untuk mengangkat semua sekata ke atas minyak dan perkapalan Iran, walaupun Jerman memberi amaran bahawa masih terdapat isu-isu besar pada percbinangan antara Tehran dan kuasa dunia lain untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear 2015. Mempengaruhi Brent


Pada puncak krisis bekalan vaksin Eropah pada bulan Mac, vaksin COVID-19 dos tunggal Johnson & Johnson (J&J) dikatakan sebagai pengubah permainan. Tetapi dua bulan sejak dilancarkan, vaksin tersebut mempunyai pengambilan terendah berbanding keempat-empat vaksin yang diluluskan. Mempengaruhi Johnson & Johnson


Ketegangan kuasa perdagangan, rintangan peraturan, dan percubaan Barat untuk menentang persaingan China menunda pengembalian MAX 737 di China, yang menyebabkan Boeing Co (BA.N) kecewa kerana pesaing berpotensi menunjukkan pengaruhnya yang semakin meningkat Mempengaruhi Boeing


Tekanan inflasi yang dihadapi oleh firma Britain mencapai tahap tertinggi bulan ini, dan pertumbuhan di sektor swasta hanya reda sedikit dari paras tertinggi sepanjang bulan Mei ketika sekatan coronavirus diangkat, berdasarkan satu tinjauan pada hari Rabu. Mempengaruhi GBP

 

Analisis Teknikal

Boeing

Setelah ketidakstabilan beberapa bulan, 737 Max telah dipulihkan di sebahagian besar dunia, sementara China terus menangguhkan kelulusan pesawat itu untuk kembali dalam perkhidmatan. Syarikat pesaing telah merebut kedudukan di negara itu, apabila syarikat ini berusaha untuk kembali beraksi di seluruh dunia.

Carta menunjukkan trend menaik menguji tahap rintangan kira-kira 247.043, ia mungkin tidak menembusi.

EURO STOXX 50

Indeks ini menunjukkan Hammer, dan kini menguji tahap sokongan kira-kira 4092, jika ia tidak jatuh di bawah, trend masih menaik.

Copper

Logam ini beralih kepada trend naik, ia menguji tahap rintangan kira-kira 4.33, dan mungkin menembusinya ke tahap rintangan seterusnya iaitu kira-kira 4.44.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analisis 12.06.2020

Bursa mata wang kripto terbesar akan melancarkan kontrak hadapan Bitcoin secara suku tahun. Mungkin berlaku kenaikan turun naik keseluruhan pasaran.
Analysis

Berita, Trend & Analitis 25.03.2020

Donald Trump mengakui kemungkinan pembatalan sebahagian daripada langkah-langkah kuarantin. Beliau berkata, Amerika Syarikat tidak dibangunkan untuk ditutup.
Analysis

Berita, Trend & Analitik 03.09.2019

Laporan KDNK Turki mencatatkan penurunan sebanyak 1.5%. Negara ini sudah mengalami kemelesetan pada suku ketiga, tetapi terdapat prospek untuk memperbaiki keadaan.
Analysis

Berita Mingguan 16.12–20.12.2019

Kami membentangkan ulasan minggu yang paling menyeluruh oleh penganalisis Olymp Trade. Kajian ini mengandungi berita tentang kalendar ekonomi dan beberapa agenda dunia yang boleh...
Blog rasmi Olymp Trade