Hari ini, tumpuan adalah pada kebimbangan tentang inflasi di UK, keputusan Perancis untuk membuka sempadan kepada UK dan lebihan dagangan Australia yang menurun.
Kalendar
13:30 UTC
AS mengeluarkan laporan pesanan barangan tahan lama teras. Penunjuk dijangka meningkat sebanyak 0.6%. Bacaan yang lebih rendah akan mempengaruhi USD secara negatif.
Aset untuk didagangkan: EUR/USD, USD/JPY
Berita
Perancis membuka sempadan kepada pelawat dari UK. Mempengaruhi FTSE 100
Research Affiliates percaya bahawa saham Tesla terlalu mahal dan boleh digelar gelembung. Mempengaruhi Tesla
Lebihan dagangan Australia telah jatuh ke tahap terendah dalam tempoh dua tahun. Mempengaruhi AUD
Presiden AS, Donald Trump boleh memveto rang undang-undang rangsangan ekonomi disebabkan pembayaran yang kecil. Mempengaruhi USD
Andrew Bailey, ketua Bank of England, mencadangkan untuk memberi tumpuan pada inflasi, kerana penunjuk tersebut mungkin memberikan kejutan yang tidak menyenangkan. Mempengaruhi GBP
Analisis Teknikal
AUD/NZD
Data awal dari Biro Statistik Australia (ABS) menunjukkan bahawa lebihan perdagangan barang niaga telah menurun ke tahap terendah dalam tempoh dua tahun. Hal ini berlaku disebabkan hubungan ekonomi yang merosot dengan China.
Sehubungan dengan hal ini, mata wang Asutralia mungkin kehilangan kedudukannya, terutamanya berbanding mata wang yang rugi berbanding AUD. Aset ini merangkumi AUD/NZD. Kami menjangkakan pecahan sempadan bawah saluran yang terbentuk.
CAD/CHF
Aset mungkin terus meningkat dalam sempadan saluran menurun.
CAD/JPY
Kami menjangkakan pasangan mata wang mungkin menurun ke 78.20, iaitu sempadan bawah saluran mendatar.
CAD/JPY pada hari ini dalam sejarah
- Sejak tahun 2000, 24 Disember telah menjadi hari perdagangan sebanyak 13 kali.
- Pada 46% daripada hari-hari tersebut, aset mengakhiri perdagangan dengan pertumbuhan.
- Julat pengukuhan maksimum ialah 1.22%.
- Trend menurun terhad pada 0.75%.
Amaran risiko: