Analysis

Berita, Trend & Analitis 25.06.2021

GBP Merosot

Hari ini tumpuan ialah pada PCE Teras A.S. dan indeks harga PCE, spekulasi kedudukan bersih CFTC GBP, spekulasi kedudukan bersih CFTC JPY.

 

Kalendar

12:30 UTC

Indeks Harga PCE Teras Bulanan A.S. telah diterbitkan. Ramalan: 0.6%. Data yang lebih tinggi daripada yang dijangka mungkin mendorong kenaikan USD.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY


14:00 UTC

Sentimen Konsumer Michigan A.S. untuk bulan Jun akan disiarkan. Ramalan: 86.4. Jika angka sebenar melebihi ramalan, USD mungkin menaik.

Aset untuk didagangkan: EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY

 

Berita

Semalam Bank of England mengadakan mesyuarat bulan Jun. Hasil daripada itu kadar faedah dan program pembelian bon akan ditangguhkan sehingga lebih banyak tanda dalam peningkatan ekonomi UK, kadar pengangguran yang kurang dan dinamik inflasi yang lebih bagus. Mempengaruhi GBP


Microsoft menjadi syarikat awam Amerika kedua untuk mencapai permodalan pasaran bernilai $2 trilion. Pada masa yang sama, ia bersaing untuk bahagian pasaran terhadap Apple dan mengumumkan kebolehan Windows versi baru untuk menarik perhatian klien baru. Mempengaruhi Microsoft


NASDAQ mencapai rekod tertinggi melebihi 14000. Namun begitu, kebanyak besar adalah sektor teknologi yang mengalami peningkatan – walaupun S&P 500 hampir mencapai 4300, ia tidak kelihatan bullish. Mempengaruhi NASDAQ


Pengerusi Aramco Saudi Yasir Al-Rumayyan akan menyertai lembaga kilang minyak besar India, Reliance. Walaupun berita ini tidak mempengaruhi pasaran minyak secara langsung, ia mengembangkan pengaruh OPEC dan secara khususnya Arab Saudi pada dinamik harga minyak global. Mempengaruhi Brent


Visa hampir memperoleh platform perbankan terbuka Sweden Tink untuk $2.2bln. Pengumuman ini dibuat semalam, dan mungkin membantu saham menembusi tahap rintangan $235 apabila perjanjian baru ini menawarkan peluang kepada Visa untuk berkembang lebih pesat di pasaran Eropah. Mempengaruhi Visa

 

Analisis Teknikal

GBP/USD

Bank of England mengumumkan ia akan mengekalkan kadar faedah dan teruskan dengan program pembelian bon semasa. Secara umum, pengumuman ini tidak membawa optimisme kepada para pelabur. Sebagai akibat, GBP kehilangan jumlah nilai yang banyak berbanding mata wang lain berikutan pengumuman butiran kepada orang awam.

Secara taktik, GBP/USD terapung di atas sokongan mid-term 1.38, dan ulasan BOE menolaknya ke bawah lagi. Oleh itu, berkemungkinan sokongan 100-EMA (jingga) akan ditembus tidak lama lagi.

Gold

Coronavirus dan kerisauan inflasi di seluruh dunia menolak harga emas ke arah sasaran 1800.

JP Morgan Chase

JP Morgan membeli pegangan dalam Kraft Analytics Group. Ini patut membantu harga saham ini akhirnya menembusi rintangan 100-EMA (jingga) pada $150 setiap syer.

Related posts
Analysis

Berita, Trend & Analitik 24.10.2019

Parlimen Great Britain belum mula mempertimbangkan terma perjanjian Brexit semasa, yang menunjukkan niat untuk mendapatkan penundaan tambahan.
Analysis

Berita, Trend, & Analitis 11.10.2019

Hasil daripada mesyuarat menteri kewangan EU, negara-negara di rantau itu bersetuju untuk berbelanja lebih banyak apabila mungkin. Satu langkah yang boleh mempercepatkan inflasi.
Analysis

Berita, Trend & Analitik 31.10.2019

Seorang pegawai Rumah Putih yang tidak diketahui namanya berkata bahawa perjanjian antara negara China dengan Amerika Syarikat mungkin tidak bersedia untuk ditandatangani bulan...